Perasmian Ihtifal

Ucapan YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

Ahli Parlimen Pengerang merangkap

Menteri Pelancongan Malaysia

Program ihtifal kesenian islam daerah kota tinggi tahun 2008

Pada: 28 hb jun 2008

Masa 12.00 tengahari

Tempat: Dewan Besar Felda Semenchu

Yang Berusaha, Tuan Haji Omar bin Dean, Pengerusi sambutan merangkap, Ketua Kampung Felda Semenchu.

Yang Berusaha, En. Marsidi b. Katong, Penolong Pengarah Operasi 1 dan 2, Kawasan Negeri Johor, KEMAS.

Yang Berusaha, Ketua-ketua kampung, Ketua-ketua UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Yang Berusaha, Barisan kepimpinan kampung dan ahli jawatan kuasa.

Tuan-tuan dan puan puan

Alassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Salam sejahtera dan salam perpaduan

Tuan tuan dan puan puan

1. Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada pihak jabatan kemajuan masyarakat (kemas) dan mereka-mereka yang telah berusaha bagi menjayakan program Ihtifal Islam kerana telah berjaya mengadakan program yang mencabar daya kreatif minda ini.

2. Saya telah di fahamkan bahawa program Ihtifal Kesenian Islam ini diadakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat seni baru di dalam industri muzik Islam dan juga untuk mengembangkan bakat-bakat ini ke peringkat yang lebih tinggi, ianya telah di laksanakan pula dengan berlandaskan syariah kesenian Islam yang melibatkan pertandingan nasyid, berzanji dan marhaban serta seni kaligrafi khat.

Tuan tuan dan puan puan

3. Islam itu adalah satu ugama yang lengkap dan indah yang telah di turunkan kepada kita oleh pencipta kita ALLAH Yang Maha Esa melalui Nabi Muhammad (s.a.w). Ugama yang lengkap ini meliputi dan merangkumi peradaban kehidupan serta cara hidup yang dapat membawa kepada kebahagiaan kehidupan serta bermasyarakat untuk tuntutan dunia dan akhirat.

Untuk itu Islam juga memberi ruang untuk kita berhibur dan beriadah bagi mempertingkat kebahagian jasmani dan rohani.

4. Acara-acara mencari bakat yang lain yang kita semua ketahui seperti akademi fantasia, gang starz dan malaysian idol pada am nya adalah acara yang sama yang kita adakan ini tetapi mendapat sambutan yang begitu hebat.

5. Sebenarnya daya kreativiti dan usaha menjayakan program seperti itu telah benar-benar di usahakan dan tidak mustahil jika muzik berlandaskan syariah Islam ini kita gembelingkan kreativiti dari segi persembahan serta persiapan maka saya yakin ianya juga akan mendapat sambutan yang baik. Begitu juga dengan seni khat yang akan setanding dengan seni halus kontemporari setanding pelukis-pelukis nama besar di peringkat dunia.

6. Pada lazimnya apa sahaja yang baik dan mendapat sambutan itu setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan. Masyarakat hari ini sering mengkritik akan persembahan di media yang adakalanya di katakan tidak bersesuian dengan budaya dan agama kita, tetapi begitu popular. Oleh yang demikian demi agama dan bangsa kita maka usaha di pihak kita untuk mengenegahkan muzik dan seni yang berlandaskan Islam dan budaya perlulah di perbaiki dan di perhalusi kelemahannya, supaya ia tetap di letakan di tempat tertinggi sesuai dengan martabatnya.

7. Kemas adalah penganjur yang telah banyak melabur dalam program-program untuk memakmur dan mendidik masyarakat dari dahulu lagi, oleh itu saya ingin memohon untuk semua pihak untuk berkerjasama bagi menjayakan lagi program-program di masa akan datang demi memajukan lagi masyarakat pada keseluruhannya.

Tuan tuan dan puan

Saya ingin mengakhiri ucapan ini dengan serangkap pantun

Hilang perindu dihanyut masa,

Rosak irama hilanglah gaya,

Anugerah seni dari yang ESA,

Sebagai santapan halwa deria.

Sekian

Wabillah hitaufik wasalamualikum warahmatullahiwabarakatuh.