Perasmian Flora Fest Paintball 2008

UCAPAN OLEH

YB DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID

MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA

PADA MAJLIS PERASMIAN

GRAND FINALE FLORA FEST PAINTBALL 2008

DI STADIUM BANDAR PENAWAR

10.30 PAGI, 2 OGOS 2008

Ybhg Dato’ Dr Hong Ong Peng

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia

Yg. Berusaha Encik Azizul Rahman Abdul Wahab

Presiden Persatuan Paintball Malaysia

Tetamu-tetamu Kehormat,

Wakil-wakil media

Para hadirin sekelian;

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana berkat rahmatnya dapat kita bersama-sama hadir pada Grand Finale Flora fest Paintball 2008 yang diadakan pada hari ini.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada AR Factor Resources dan Persatuan Paintball Malaysia kerana Berjaya menganjurkan acara ini. Pada saya, acara seperti ini dapat memberi sumbangan kepada industri pelancongan negara dengan kehadiran pegawai, peserta dan peminat sukan paintball dari dalam dan luar negara.

Buat julung-julung kalinya juga, para hadirin dapat menyaksikan secara terus aksi pasukan dan pemain paintball terbaik dunia seperti Dynasty, Excessive, Infamous dan Bushwackers yang kini menduduki tangga teratas National Professional Paintball League (NPPL).

Saya difahamkan nama-nama tersohor dalam sukan paintball seperti Chuck Hendsch dan Dan Perez juga turut hadir bagi memeriahkan acara ini.

Di samping itu, acara ini juga disertai oleh beberapa buah pasukan  daripada luar negara  termasuk  Singapura, Iran, Indonesia,  Emiriyah Arab Bersatu, Filipina, Thailand, New Zealand dan Australia.

Selain daripada pasukan-pasukan ini terdapat 17 buah pasukan terbaik tempatan yang juga akan mengambil bahagian, dalam kategori pertandingan “jemputan tempatan”.

Para hadirin sekelian;

Di samping menawarkan sukan bertaraf antarabangsa untuk disaksikan oleh rakyat tempatan, acara ini juga dapat membantu menjadikan acara sukan paintball sebagai salah satu program yang menyumbang ke arah pembangunan sosio ekonomi negara sejajar dengan Dasar Pelancongan Negara.

Ia juga akan menjadikan sukan Paintball sebagai acara utama untuk memangkinkan industri sukan pelancongan  di peringkat kebangsaan  dan negara serantau serta akan membantu meningkatkan kadar pelancong tempatan melancong di dalam negeri.

Ini sekaligus akan membantu mempromosikan Malaysia sebagai salah satu lokasi pelancongan di peringkat antarabangsa.

Tuan-Tuan & Puan-Puan,

Izinkan saya menyampaikan sedikit kata aluan di dalam bahasa Inggeris kepada tetamu majlis daripada luar negara.

Distinguished guests, Mr Chuck Hendsch, Mr Dan Perez, officials, players, ladies and gentlemen.

It is indeed a great pleasure for me and the Government of Malaysia to welcome you to the  Flora Fest Paintball 2008.  I would like to extend a warm “Selamat Datang” to this country beautiful country of ours.

Honoured Guests

Each year, the Government, in its continued effort, to ensure Malaysia continues to be a leading tourism destination make every effort to create new attractions. This year we introduce the Flora Fest Paintball 2008 as an initiative to turn Malaysia into a sports tourism destination.

Sports tourism is fast becoming an integral component of the tourism industry. The challenge for many nations each year is to how to persuade tourists to return. We hope programs such as the Flora Fest Paintball 2008 will be a permanent feature in our tourism calendar.

Again,  I would like to welcome you to our beautiful country and hope that  you will extend your stay after this event.

Para hadirin sekelian;

Akhirkata, saya berharap dengan penganjuran acara ini akan dapat memberikan satu suntikan semangat buat semua penggiat industri pelancongan di negara ini khasnya industri  “sukan pelancongan” bagi membangunkan industri pelancongan negara.

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim saya merasmikan Grand Finale Flora Fest Paintball 2008.  Sekian, terima kasih.