Profil Ahli Parlimen

YB Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan bekas Menteri belia dan Sukan Malaysia. Kini beliau memegang portfolio Menteri Pelancongan Malaysia.

Latar belakang

Datuk Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002).

Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di NTV 7.

Politik

  • Menteri Pelancongan (2008 - Sekarang)

Merupakan wanita yang pertama di lantik untuk memegang jawatan menteri di Kementerian Pelancongan.

  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (2008 - Sekarang).

Di lantik untuk menduduki kerusi ahli MKT UMNO pada Julai 2000 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang juga merupakan bekas Presdien UMNO. Pada ketika itu hanya terdapat 4 ahli MKT UMNO wanita dari 46 orang. Pada pemilihan MKT yang lalu, Azalina berjaya mengekalkan kerusi tersebut.

  • Naib Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Pengerang (a (2004 - Sekarang).

Setelah persempadanan semula, Pengerang yang sebelum ini berada di Kota Tinggi, telah menjadi bahagian yang baru.Walaupun berada paling hujung (selatan) di dalam peta Malaysia, pelbagai pembangunan telah berjaya di wujudkan. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur telah dibangunkan sekaligus menjadi salah satu tempat destinasi pelancongan negara.

  • Menteri Belia dan Sukan ( 2004 - 2008)

Merupakan wanita yang pertama di lantik untuk memegang jawatan menteri di Kementerian Belia dan Sukan.

  • Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (2002 - 2004).

Di pilih sebagai ketua Pergerakan Puteri UMNO yang pertama pada 1 November 2002. Sebagai ketua Pergerakkan Puteri UMNO, beliau secara automatiknya adalah merupakan Naib Presiden UMNO.

  • Ketua Penaja, Puteri UMNO Malaysia (2001 - 2002)

Beliau telah di beri tanggungjawab oleh Presiden UMNO ketika itu (Tun Dr. Mahathir Mohamed) untuk menarik golongan muda terutamanya wanita untuk terus bersama UMNO. Azalina telah dilantik pada April 2001.

  • Pengerusi, Biro Tindakan Sivil UMNO, (2000 - 2004).

BTS UMNO adalah merupakan sebuah biro di bawah Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan di beri tanggungjawab untuk menarik golongan muda ke dalam UMNO. Pada ketika itu, golongan muda dan belia negara lebih cenderung untuk menyokong pembangkang dan sebilangan besarnya tidak berminat kepada politik negara. Di lantik pada Ogos 2000, BTS UMNO beroperasi di 2 tempat iaitu di Sungai Way (cawangan Selangor) dan di Jalan Semarak (cawangan Wilayah Persekutuan).

Sosial dan Kemasyarakatan

Beliau turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia dan Women’s Crisis Centre (WCC).

Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Penasihat, satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women’s Organizations (NCWO).

Selain itu, Azalina juga pernah menjadi hos rancangan-rancangan televisyen yang membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosial seperti rancangan Dateline Malaysia dan Lidah Pengarang.

Anugerah dan Pengiktirafan

Pengiktirafan

Dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia, Davos, Switzerland

Anugerah

SSAP - Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang

SPMP - Darjah Seri Paduka Mahkota Perak

DGMK - Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah

DPMS - Darjah Paduka Mahkota Selangor

PGDK - Panglima Gemilang Darjah Kinabalu