Perutusan

Y.B DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID

AHLI PARLIMEN PENGERANG ( P157 )

Merangkap KETUA UMNO BAHAGIAN PENGERANG

PERUTUSAN

Assalamualaikum Wr.Wbt., Salam Hormat dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Laman Web Parlimen Pengerang.

Semoga tuan-tuan dan puan-puan , saudara-saudari sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya.

Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat laman web parlimen pengerang. Parlimen pengerang telah dan akan menjalankan berbagai aktiviti / program khusus untuk kemajuan semua.

Pelbagai aktiviti yang bercorak keilmuan, kemahiran, bina insan, pembangunan rohani dan jasmani serta usaha untuk mengeratkan tali silaturrahim di kalangan warga Pengerang. Para pengunjung bakal mendapat gambaran yang lebih jelas lagi mengenai aktiviti-aktiviti / program yang telah di jalankan dengan melayari pelbagai pautan atau sub-link yang ada.

Memadai saya nyatakan di sini bahawa saya amat yakin rakyat Pengerang bijak membuat keputusan dan berani menegakkan perjuangan yang benar. Tiada sebab untuk tidak mengaku bahawa warga Pengerang adalah yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mampu mencapai kegemilangan dalam apa jua bidang.

Saya juga menyambut baik apa-apa pandangan dan komen yang membina bagi memantapkan lagi laman web ini serta mengalukan-alukan semua warga untuk turut sama menyertai semua program yang bakal di anjurkan.

Sekian, selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh iltizam, taqwa dan kerelaan kepada yang maha Esa dan sambutlah salam hormat dari saya. Akhir Salam saya berharap semoga warga Pengerang akan terus cergas, sihat dan berusaha demi memajukan minda dan daerah Pengerang.

Salam Perjuangan.

 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1