
21 Oktober, Kuala Lumpur - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, terpulang kepada Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sama ada mahu bertanding jawatan ketua pergerakan itu atau tidak walaupun sudah melepasi kuota kelayakan bertanding.
Read the rest of this entry »

21 Oktober, Kuala Lumpur - YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, sekarang adalah masa yang sesuai untuk pergerakan wanita parti melakukan perubahan berdasarkan petunjuk dan amanah yang disampaikan perwakilan bahagian yang sudah selesai bermesyuarat setakat ini.
Read the rest of this entry »

18 Oktober, Bandar Penawar - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said merangkap Ahli Parlimen Pengerang mennyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO sekiranya mendapat cukup pencalonan.
Read the rest of this entry »

18 Oktober, Bandar Penawar - Sebarang pandangan mengenai tempoh kempen pemilihan Umno perlu dikemukakan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk dibincangkan, kata Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.
Read the rest of this entry »

18 Oktober, Bandar Penawar - Hampir 18,000 pengunjung membajiri Dewan Serbaguna, Bandar Penawar bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Parlimen Pengerang. Majlis yang diadakan itu bersempena dengan Zoom! Aidilfitri bagi memperlihatkan kemeriahan sambutan perayaan umat Islam itu.
Read the rest of this entry »

15 Oktober, Kuala Lumpur - Bertempat di Putra World Trade Center (PWTC), satu majlis sambutan ‘Rumah Terbuka’ telah dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Majlis yang diadakan pada petang itu telah dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa orang menteri kabinet.
Read the rest of this entry »

14 Oktober, Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said merangkap Menteri Pelancongan yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah layak bertanding selepas berjaya memperolehi kuota pencalonan yang ditetapkan.
Read the rest of this entry »

13 Oktober, Pengerang - Anggota Majlis Tertinggi Umno, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said hari ini menyifatkan gandingan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai gandingan terbaik untuk memimpin negara.
Read the rest of this entry »

13 Oktober, Felda Semenchu - Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said menegaskan Program Karnival 3P anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran perlu dihayati sepenuhnya oleh semua pihak terutama pelajar-pelajar yang terlibat.
Read the rest of this entry »

12 Oktober, Pengerang - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya akan memberikan perhatian yang istimewa terhadap perkampungan tradisional yang terdapat di Parlimen Pengerang.
Read the rest of this entry »

12 Oktober, Pengerang - Walaupun keadaan cuaca agak panas, ia tidak pernah dijadikan alasan untuk membatalkan program yang telah diatur. Itulah antara faktor utama yang menjadi YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri Pelancongan begitu dekat di hati warga Pengerang.
Read the rest of this entry »

11 Oktober, Pengerang - Tiada istilah rehat dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak, lebih-lebih di musim perayaan ini. Itulah antara prinsip dan amalan yang didokong serta menjadi resepi kepada kejayaan menteri muda kreatif, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, selama ini.
Read the rest of this entry »
9 Oktober, Kuala Lumpur - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berpendapat pendirian Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sanggup melepaskan jawatannya dengan tidak menawarkan diri pada pemilihan Agung Umno yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2009 seharusnya menjadi contoh pemimpin masa kini.
Read the rest of this entry »

2 Oktober, Kuala Lumpur - Kemerihan sambutan Hari Raya Aidilfitri di PWTC semalam dicemar dengan kehadiran hampir 1,000 pengikut dari pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf). Ini kerana tindakan mereka menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam kelmarin adalah satu bentuk provokasi yang melampau dan menakutkan.
Read the rest of this entry »

28 September, Air Tawar 1 - Bertempat di perkarangan Masjid Felda Air Tawar 1, satu majlis yang dinamakan ‘Rahmat Ramadhan’ telah diadakan bagi memberikan sedikit sumbangan kepada warga Felda berupa ‘duit raya’ dan sumbangan ‘hamper’. Majlis yang dianjurkan oleh Felda dan kerjasama Pejabat Parlimen itu adalah bertujuan menghargai jasa peneroka dan penerokawati yang banyak membatu sektor pertanian di negara ini.
Read the rest of this entry »