Pendahuluan
PENDAHULUAN
Kelas Let’s Learn English ialah salah satu program yang diilhamkan oleh YB Datuk Seri Azalina di kawasan Parlimen Pengerang untuk kanak-kanak di bawah umur 6 hingga 9 tahun. Program ini di gerakkan oleh 6 orang tenaga pengajar bagi memberi bimbingan dalam Bahasa Inggeris agar kanak-kanak mendapat pendedahan dalam mata pelajaran tersebut. Konsep yang dijalankan ialah lebih kepada belajar sambil bergembira di mana para pelajar di ajar sambil bermain, melukis, mewarna, menulis serta menyanyi agar pelajaran tidak di anggap sebagai mata pelajaran yang membosankan.
Buat pertama kalinya pada tahun 2001 program ini lebih di kenali sebagai English On Wheels. Namun pada tahun 2004 kaedah pembelajaran ini telah di ubah dan di beri nama Lets Learn English. Program yang di anjurkan ini mendapat maklumbalas dan sambutan yang amat mengalakkan baik dari pigak sekolah mahupun ibu bapa.
Tujuan utama kelas Let’s Learn English ini di jalankan pada peringkat awal lagi ialah untuk memberi pendedahan serta di harap dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris para pelajar khususnya di kawasan Parlimen Pengerang. Disamping itu ia juga di harap dapat membantu guru-guru di sekolah mempelbagaikan lagi konsep pembelajaran agar tidak membosankan oleh sesetengah pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris.
Program ini pada awalnya lebih mensasarkan pelajar berumur 7 hingga 9 tahun iaitu pelajar yang berada di tahap 1 dari darjah 1 hingga 3 di sekolah-sekolah Kebangsaan di kawasan Parlimen Pengerang. Bermula dari bulan Jun 2006, pihak pentadbiran bersetuju menjalankan tempoh percubaan selama 5 bulan dengan mengalihkan sasaran kepada pelajar dari Sekolah Bimbingan Tadika-tadika KEMAS seluruh DUN Penawar dan DUN Tanjung Surat.
Sambutan yang di terima amat menggalakkan di mana semua sekolah Tadika KEMAS yang terlibat memberikan respon serta kerjasama yang amat baik sepanjang tempoh percubaan. Tidak ada masalah yang timbul kerana semua guru-guru di sekolah Tadika KEMAS memberikan kerjasama yang amat baik dalam mengawal murid-murid semasa kelas dijalankan.
Di samping itu juga semua guru-guru amat berterima kasih kepada YB Datuk Seri Azalina, yang memberi peluang dan menyokong program Let’s Learn English yang telah di jalankan di Tadika mereka yang mana secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan lagi prestasi pembelajaran tersebut.
Bagi tahun 2008 ini, Kelas Let’s Learn English telah dijalankan bermula dari bulan April 2008. Tadika-tadika KEMAS dan Sekolah Kebangsaan yang terpilih dalam kawasan Parlimen Pengerang.. Di tampung sepenuhnya oleh pentadbiran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pengerang yang mana melibatkan elaun Tenaga Pengajar dan Kos Petrol bagi setiap perjalanan ke destinasi mengajar. Kelas Let’s Learn English bagi tahun 2008 diharap dapat merapatkan lagi perhubungan antara ibubapa pelajar dengan pentadbiran Pejabat Parlimen Pengerang.
Kelas Let’s Learn English akan dijalankan pada sebelah pagi antara jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi yang mana mengikut perangkaan adalah merupakan waktu yang sesuai pelajar berumur 7 hingga 9 tahun memberi tumpuan terhadap pelajaran yang diberikan. Manakala bagi pelajar tahap 1 akan di sambung jadual pembelajarannya sekitar 4.00 hingga 5.00ptg.
Perancangan yang lebih teratur terhadap jadual kelas juga mendapat pandangan positif dari ibubapa serta guru agar masa terluang kanak-kanak di isi dengan pekara yang berfaedah serta pendedahan terhadap pelajaran yang penting.
Di samping itu juga dengan perancangan jadual bertugas yang lebih tersusun bagi tahun 2008 ini di harap tenaga pengajar boleh melibatkan diri dalam apa jua program sukarelawan yang melibatkan Pejabat Parlimen Pengerang dan Kementerian Pelancongan seperti program-program berkelompok lain pada bila-bila masa yang diperlukan.
” Kelas tuition ini, sangat bagus sekali. Murid-murid saya dapat apa yang mereka pelajari. Mereka juga sangat gembira apabila tenaga pengajar Let’s Learn English hadir di tadika kami.” - Pn. Ismaidah, Guru Tadika KEMAS Sungai Rengit
” Kelas berjalan dengan begitu baik. Saya banyak memberi galakan kepada pelajar-pelajar saya supaya mereka dapat menonjolkan diri dalam penguasaan bahasa inggeris. Jadi tepatlah dengan kehadiran mereka ke kelas tuition di sekolah kami. ” - En. Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Gogok
” Dengan adanya kelas tuition Let’s Learn English ini, ia boleh membantu murid-murid saya yang lemah dari segi pemikiran mereka. Tentang pembelajaran pula, saya tiada masalah, semuanya baik. ” - Cik Nurul Azlina, Guru Tadika KEMAS Punggai





































