Parlimen-Pengerang

AJK UMNO BAHAGIAN PENGERANG MEMANTAU MASALAH JALAN LICIN YANG BERULANG DI LALUAN UTAMA MASUK FELDA SEMENCU
KOTA TINGGI- Walaupun laluan itu telah diturap sejauh 3 kilometer oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), masalah permukaan jalan licin berulang semula. Penduduk di Felda Semencu di sini mendakwa, permukaan jalan menjadi licin disebabkan lori pengangkut buah sawit yang keluar dari kilang sawit di tanah rancangan itu.

Mereka mendakwa ketika buah sawit diturunkan ke kilang itu terdapat buah yang terlerai jatuh ke permukaan jalan dilenyek roda kenderaan itu.

Kenderaan yang keluar semula menuju jalan utama akan mengakibatkan permukaan jalaraya sebelah kiri disaluti lapisan minyak yang terlekat dilori itu menyebabkan jalan itu licin.

Itulah kenyataan Ketua Kampung Felda Semencu, Omar Dean, 60, berkenaan keadaan jalan di tanah rancangan itu dilapisi kesan minyak sawit terutama dari kilang menuju jalan keluar dan juga menghala ke kawasan perumahan.

Omar bersama Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pengerang, Mohd Nazar Toganis, Abd Karim Ghani dan Yaakub Ishak meninjau keadaan persimpang jalan ke kilang sawit dan laluan utama keluar masuk penduduk tanah rancangan itu.

Tinjauan mendapati, permukaan jalan sisi kiri menghala keluar kilang dan menuju jalan utama serta menghala kawasan perumahan disaluti lapisan berminyak.

Kata Omar, masalah yang membabitkan harta benda dan mengundang keselamatan nyawa pengguna jalaraya itu ketara sejak tahun lalu terutama hari hujan, banyak kenderaan termasuk kereta dan motosikal yang melalui laluan itu hilang kawalan hingga berlaku kemalangan.

Terdapat kejadian di mana kereta dipandu seorang guru wanita terbabas dan nyaris jatuh gaung, penunggang motosikal cedera akibat terjatuh dan kereta di langgar dari belakang oleh sebuah lori berpunca dari hilang kawalan akibat permukaan jalan licin.

Difahamkan, dalam kejadian September tahun lalu, jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat turut membantu menyembur bahan ‘dry powder’ ke sebahagian permukaan jalan bermasalah itu sebagai langkah pencegahan sementara.

Menurut Omar, masalah jalan disaluti minyak itu tetap berulang kerana kesan minyak itu berpunca dari lokasi kilang sawit yang beroperasi di tanah rancangan itu.

“Boleh dikatakan setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) lalu, di timbulkan perkara yang sama dan pihak JKKK telah mengemukakan masalah ini kepada pihak berwajib” katanya.

Kata Omar, sebagai penyelesaikan awal, JKR telah menurap jalan berkenaan sejauh 3 kilometer beberapa bulan yang lalu dan masalah itu berkurangkan sedikit.

Masa terus berlalu dan lapisan minyak semakin bertambah menyebabkan masalah jalan licin itu berulang semula terutama hari hujan.

Lokasi yang terbabit itu terletak di Kilometer 2 dan jalan utama masuk ke Felda Semencu itu menyebabkan ramai pengguna jalan terpaksa berhati-hati ketika memandu.

“Pihak penduduk juga berterima kasih kepada pengurusan kilang itu yang mengambil inisiatif memasang papan tanda amaran permukaan jalan licin di jalan utama itu dan mengambil langkah-langkah pencegahan” katanya.

Penduduk bersependapat bahawa pihak pengurusan kilang perlu menyediakan satu kawasan saringan untuk memastikan roda lori dibersihkan terlebih dahulu dari kesan minyak sawit sebelum keluar ke jalan utama atau jalan keluar kilang itu ditabur habuk batu kuari.

Atau tempat menurunkan buah sawit diubahsuai ke kawasan baru yang tinggi seperti sistem ramp supaya buah terlerai tidak lagi dilenyek roda lori?

MASYARAKAT PERLU REBUT PELUANG DAN RUANG KURSUS DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
PENGERANG- Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) di sini telah menjayakan sejumlah 153 siri Kursus Jangka Pendek (KJP) yang membabitkan 3,913 peserta sepanjang jadual 2009 sekali gus melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun itu yang menetapkan sasaran 3,500 peserta kursus.

KJP yang ditawarkan itu dikategorikan dalam bidang Grafik dan Multimedia; Fesyen dan Pakaian; Teknikal, Pengurusan dan Perniagaan, Agro Teknologi, Hospitaliti dan Masakan; Kerohanian dan Keagamaan, Pembangunan Diri, Sains Kesihatan dan Penampilan Diri; Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin.

Yang menariknya, kursus pendek secara ‘hands on’ ini adalah percuma bagi golongan warga emas dan pesara manakala individu lain dikenakan yuran kursus RM5 bagi kursus antara 1-5 jam, RM10 (5-10 jam), RM15 (10-15 jam), RM20 bagi kursus yang mengambil masa 15 jam ke atas dan tidak termasuk kos bahan kursus.

Program sepenuh masa yang ditawarkan ialah Sijil Penyenggaraan Bangunan, Sijil Teknologi Pembinaan, Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Perakaunan Perniagaan yang mensyaratkan lulus matapelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM atau SPMV).

Itu antara beberapa fakta yang diperolehi pihak media yang menyertai taklimat sempena lawatan kerja Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said ke KKBP. Sebelum ini rombongan Azalina telah melakukan lawatan kerja ke Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) di Bangunan Kejora di Bandar Penawar dan Pejabat Daerah di Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi.

Taklimat itu disampaikan oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan KKBP yang diketuai Pengarahnya, Johari Shamsudin yang turut dihadiri pemimpin masyarakat setempat termasuk ketua kampong dan sukarelawan kawasan Parlimen Pengerang.

Difahamkan juga kursus masakan termasuk pembuatan kek, roti, biskut, chicken chop dan beriani gam manakala bidang jahitan baju kurung, baju Melayu, baju Kebaya, jahitan manik, sarung bantal dan langsir moden merupakan kursus pendek yang paling digemari.

Azalina juga meminta pemimpin masyarakat di sini membantu mempromosi kursus-kursus kelolaan Kolej Komuniti dan menarik ramai lagi penyertaan dari kalangan masyarakat setempat untuk memajukan proses pembelajaran sepanjang hayat.

Kata Azalina, transformasi terkini kolej komuniti adalah untuk memastikan program skill-based, meneroka program-program apprenticeship training dan memberi fokus kepada golongan yang tercicir serta memberi peluang kepada lebih ramai pelajar dan masyarakat memperoleh ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diminati.

“Ianya bagi membolehkan kolej itu menjadi hab pembelajaran sepanjang hayat untuk semua golongan masyarakat termasuk para pekerja meningkatkan kemahiran dan suri rumah menjalankan aktiviti keusahawanan bagi mempertingkatkan sosio-ekonomi masing-masing” katanya.

Beliau sendiri berminat untuk mempelajari kemahiran membuat kek dan juga mengajak sukarelawannya belajar kursus Protokol dan Public Speaking.

JAMBATAN RM25 JUTA AKAN MENYAMBUNG DARATAN BELUNGKOR KE TANAH TANJUNG SURAT
PENGERANG – Sebuah jambatan akan dibina bagi menghubungkan Tanjung Belungkur ke Tanjung Surat.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, projek yang menelan kos RM25 juta itu dijangka bukan sahaja memberi manfaat kira-kira 65,000 penduduk di Parlimen Pengerang, malah mampu memacu perkembangan ekonomi di kawasan sekitarnya.

Ghani berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan kerja sehari ke Parlimen Pengerang termasuk lawatan ke Kampung Tanjung Buai, menyampaikan geran tanah di Dewan Pembandaran Bandar Mas dan lawatan ke tapak jambatan di Tanjung Belungkor pada 23 Mach lalu.

Turut mengiring beliau ialah Ahli Parlimen Pengerang, Dato Sri Azalina Othman Said; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah, ADUN Penawar, Hamimah Mansor dan ketua-ketua jabatan.

Jambatan baru sepanjang 400 meter itu dijadual pembinaannya pada 2012 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2014 akan memberi kemudahan kepada penduduk sekitar khususnya yang mendiami Kampung Tanjung Surat, Kampung Nyior dan Kampung Linting.

Dari sudut topografi daratan Tanjung Surat adalah sebuah pulau yang dikelilingi sungai paya bakau berhampiran muara Sungai Johor dan arah utara Pulau Tekong, Singapura.

Dengan kemudahan pembangunan infrastruktur itu juga diyakini mampu menjadi lokasi tarikan pelancong dan lapangan penyelidikan biologis marin kerana di Tanjung Surat terdapat aktiviti pelancongan meneroka hutan bakau yang belum tercemar serta kaya dengan ekologi serta kedudukannya menghadap negara jiran Singapura.

Aktiviti pelancongan yang boleh dijalankan termasuk sukan memancing, aktviti air dan tarikan kelong berbentuk homestay.

Tanjung Surat pernah menjadi pusat pentadbiran wilayah lama persisiran Sungai Johor 9 dekad lalu bila wujud jawatan Dato Penggawa Timur yang dipegang Dato’ Wan Jaffar bin Wan Nong Yahya.  Tanjung Surat pada masa itu merupakan tempat keluarnya hasil-hasil bumi Johor seperti gambir, bijih timah dan lada hitam yang menggunakan pengangkutan laut yang dikeluarkan surat-surat import dan eksport kepada pedagang-pedagang serta mengutip hasil dari mereka.

Sekitar tahun 1970an dan 80an masih terdapat laluan bot penambang dari Teluk Sengat-Tanjung Surat-Changi dan Tanjung Pengelih-Pasir Gogok-Tanjung Surat-Kong Kong untuk perjalanan laut.

Pada 1980 lebuhraya yang menghubungi Sungai Rengit ke Desaru-Gugusan Air Tawar hingga ke Kota Tinggi siap sepenuhnya.

Dewasa ini, perhubungan utama penduduk di Tanjung Surat ke tanah besar ke Tanjung Belungkur menggunakan sampan atau bot sejauh 0.26 kilometer.

Kunjungan sehari Abdul Ghani ke Parlimen Pengerang dimulakan dengan melawat Kampung Tanjung Buai yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar.

Semasa lawatan itu, Menteri Besar turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri juga bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membina masjid baru untuk menggantikan masjid lama di Tanjung Buai yang berusia 64 tahun bagi memenuhi keperluan penduduk setempat yang semakin bertambah.

Ia disusuli majlis penyampaian geran hak milik tanah kepada 234 peneroka Felda di Dewan Bandaran di Bandar Mas dan kemudiannya ke tapak pembinaan jambatan Tanjung Belungkur-Tanjung Surat.

KELAB SUKAN BERMOTOR PENGERANG MODEL PERPADUAN
PENGERANG- KSBMP adalah akronim kepada Kelab Sukan Bermotor Pengerang  menjadi wadah model perpaduan yang berjaya membentuk gabungan 21 kelab kereta dan motosikal yang dianggotai lebih 1 ribu keahlian yang bergerak di bawah satu persatuan.

Difahamkan, antara kelab yang bergabung dengan KSBMP termasuk Dynamic Auto Club, Eagle Motor Sports, One Speed, Pantera, Twister, Carry On, Auto Head, Private, Waja Motor Club, GasKT, Advanti Motorsports, Mastery, ProCC @ Johor, South Unity, Mahkota Bikers, GSG, Independent, Limited Motorsports, Redline, Racing Vogue dan Energy.

Antara halatuju gabungan ini untuk bekerjasama dengan mana-mana kelab, pertubuhan NGO, agensi kerajaan menjayakan aktiviti kemasyarakatan, sosial, pelancungan dan keusahawanan.

Baru-baru ini, hampir 50 buah kereta dan motosikal berkuasa tinggi di bawah naungan KSBMP telah mengadakan giliran Karnival Motorshow di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Kapal di sini dan turut serta mengambil bahagian dalam sukan rakyat.

Motorshow bertema ‘Belia Benci Dadah’  itu sebagai siri jelajah  berjadual KSBMP dua kali sebulan ke kampong-kampung dan penempatan dalam kawasan Parlimen Pengerang yang terdiri daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat dan DUN Penawar.

Difahamkan, sebelum ini, telah diadakan karnival yang sama di Kampung Sungai Buntu (14 Februari) dan Kampung Teluk Ramunia (28 Februari) dan selepas Kampung Sungai Kapal (14 Mach), tiba giliran Kampung Jawa pada 28 Mach ini sementara Gugusan Adela yang terdiri dari penempatan tanah rancangan Felda Sening, Felda Tunggal dan Felda Kledang pada 11 April depan.

Menurut Setiausaha KSBMP, Rozaikee Mariah, 30, sebelum 2007 terdapat beberapa pemilik kereta dan motosikal di sekitar Parlimen Pengerang menubuhkan kelab masing-masing dan menjalani aktiviti riadah mereka secara berasingan.

Katanya, atas inisiatif  Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said yang ketika itu memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan (2004-2008) menyarankan agar kelab-kelab itu bergabung di bawah naungan satu persatuan induk.

Rozaikee yang lebih dikenali dengan panggilan Boy berkata, tugas penyatuan ini diamanahkan kepada pegawai khas Ahli Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella Al Habshee yang kemudiannya dilantik sebagi presiden kelab gabungan secara sebulat suara.

Katanya, hasrat murni itu disambut baik bagi memudahkan ahli menggerakkan aktiviti-aktiviti secara teratur, bersepadu dan bertukar-tukar pendapat serta bertemu dengan rakan sealiran minat.

Menurut Boy, lazimnya, sebelum melakukan kembara atau berkonvoi, adalah menjadi kewajipan bagi para petugas untuk menyampaikan taklimat mengenai peraturan berkonvoi, peta laluan, destinasi dan di didik tertib serta peringatan cara pemanduan yang betul lagi berhemah. Kerja amal yang dilakukan termasuk bergotong-royong dan menyampaikan sumbangan kepada golongan sasaran.

“Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk mengambil bahagian dalam auto show, berkonvoi, demo sistem audio, sukan rakyat, beriadah sambil beramal. Konvoi terbesar penubuhan awal KSBMP diterjemahan dengan kehadiran 700 kenderaan termasuk 500 buah kereta melakukan jelajah dari Bandar Penawar ke Kampung Punggai di sini menyambut tahun baru 2008 lalu” katanya.

Pemilik motosikal berkuasa tinggi, Azman Hapizullah, 34, berkata, beliau menyokong penuh inisiatif menubuhkan gabungan kelab-kelab bermotor di bawah satu bumbung demi perpaduan untuk menjayakan sesuatu majlis serta pembabitan kerja kemasyarakatan secara bersama.

Katanya yang mesra dengan panggilan Jenggo, arena pemotoran terbukti menarik isipadu kehadiran golongan muda apabila dianjurkan auto show sebagai salah satu pengisian acara majlis keramaian yang digabungjalinkan dengan kempen ‘Belia Benci Dadah’ dan ‘Amalan Gaya Hidup Sihat’.

“Pengunjung dapat menimba pengetahuan mengenai aspek penjagaan enjin, mekanikal, hiasan dan penambahbaikan prestasi kenderaan kerana hampir setiap keluarga sederhana memiliki lebih dari satu kenderaan persendirian” kata Jenggo yang menunggang Kawasaki Vulcan 900 cc.

Jenggo yang merupakan usahawan yang berjaya mewakili Kelab Mahkota Bikers menasihati ahli yang lain menggunakan peluang bertemu dan beramah mesra itu untuk mendapat pandangan dan nasihat mengenai dunia permotoran daripada ahli kelab lain yang lebih berpengalaman.

“Antara faedahnya, dalam hal memilih aksesori atau alat ganti kenderaan yang sesuai dapat dirujuk kepada ahli kelab yang lebih arif kerana mereka lebih  maklum mengenai tempat untuk mendapatkan barangan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Ianya juga bagi mendapat barangan yang betul dan bersesuaian serta mengelak dari ditipu”.

Difahamkan, KSBMP sedang merancang aktiviti besar-besaran sempena sambutan Bulan Kemerdekaan depan dan mempelawa kelab-kelab motor lain bergabung bersama. Untuk tujuan itu mereka boleh menghubungi Boy di talian 019 7408573 atau pejabat Parlimen Pengerang (07-8953397).

PEMBELAJARAN ICT SEPANJANG HAYAT DITERAP DI KALANGAN BELIA DAN PENGGERAK MASYARAKAT
(click to enlarge)

PENGERANG-  Kursus Asas Fotografi, Komunikasi Elektronik dan Asas Kewartawanan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pengerang baru-baru ini mendapat sambutan baik dari kalangan peminat penulisan khususnya golongan belia dan beliawanis di kawasan sini.

Peserta telah diberikan tip-tip berhubung teknik asas penggunaan ICT, penulisan berita dan teknik asas mengambil gambar termasuk asas karangan berteraskan pertanyaan berciri ‘Wh’ dan 1H iaitu What?, Who? When?, Where?, Why?, Whose? Which? and How?.

Kehadiran peserta kira-kira 12 orang sudah cukup bermakna kerana bidang kewartawanan tidak ramai yang berminat atau sanggup untuk bekerja lebih masa dalam keadaan tertekan dan terikat sebagai pelapor atau penulis bebas.

Jurucakap pusat khidmat, Siti Hawa Mahpar berkata, buat permulaan, pihaknya tidak meletakkan jumlah yang ramai kerana bidang ini memerlukan semangat, pengorbanan masa, minat mendalam dan ilmu  bagi menghasilkan berita berkualiti.

Kata Hawa, sebelum itu atas dasar pembelajaran sepanjang hayat dan staf developmental, empat sukarelawan telah menjalani kursus intensif secara ‘hands on’ bidang fotografi, asas perhubungan awam, penulisan dan asas membina laman web.

“Ini disebabkan penggerak masyarakat kerap mengadakan kegiatan dan kebiasaannya selesai sesuatu majlis, mereka akan membuat laporan aktiviti untuk persatuan mereka dan pengetahuan bidang fotografi dan penulisan amat berguna.

Objektif utama kursus adalah melatih mereka membuat laporan yang efektif serta bertanggungjawab dalam memberi dan menyampaikan maklumat yang benar dan tepat.

Sejajar dengan itu, kursus yang diperkenalkan ini dapat memberi pemahaman asas tentang kepentingan komunikasi dua hala serta melatih para peserta agar mampu menyampaikan maklumat melalui pelbagai cara komunikasi dengan berkesan” katanya.

Rosfarizah Ramlan, 39, berkata, penulis  berkeupayaan membuat pembaca memahami subjek yang dilaporkan, hanya dengan penggunaan perkataan dan tatabahasa.

Kata Rosfarizah yang tinggal di Kampung Sungai Buntu, Pengerang, kewartawanan foto atau photojournalism pula mampu membuat pembaca lebih memahami apa disampaikan oleh wartawan dengan melihat foto sesuatu peristiwa yang ditulis.

“Biarpun saya diajar asas semula, didapati tips-tips dan latihan pratik yang diajar itu memberi pendedahan yang berguna serta pembetulan ke arah penulisan dan pelaporan yang lebih berkesan” katanya yang mengikuti kursus bersama dua anak perempuannya, Nurul Haina Jamal, 19, dan Nurul Aida, 17.

Peserta, Nani Rohayu Tugiran, 37, berkata, dengan mengikuti kursus intensif ini, saya dapat memahami bahawa kewartawanan foto melaporkan peristiwa atau fakta dengan bantuan foto (visual) yang mengaitkan susurmasa (timeliness) gambar yang disiarkan berkait dengan kesinambungan sesuatu peristiwa.

“Kami diajar cara berkomunikasi melalui email termasuk menghantar lampiran berbentuk rakaman foto dan dokumen secara pratik. Selama ini saya tidak pandai membetul foto yang senget, resize atau kabur tetapi bila didedah teknik asas dan menggunakan program Picasa dan Microsoft Office Picture Manager banyak membantu memahami bidang ini” katanya yang giat dengan kerja kemasyarakatan.

Bagi Mazriah Talib, 23, konsep dan sifat berita menggunakan formula 5W 1H iaitu Siapa? Apa? Bila? Di mana? Kenapa? dan Bagaimana? yang digunapakai dalam penulisan berita akan memberi lebih pemahaman kepada para pembaca berkenaan peristiwa atau berita yang disampaikan dan terjawab persoalan dan naluri ingin tahu yang berkisar dalam minda mereka.

“Tujuan situasi yang digambarkan mestilah tepat, benar, sahih dan menjurus kepada peristiwa yang dilaporkan dan yang lebih penting peserta wajar berlatih merakam gambar pelbagai sudut dan giat menulis agar lebih mahir” katanya yang menjalani perniagaan makanan.

Rozaikee Mariah, 30, jika diberi peluang, saya ingin menjalani pratikal di agensi berita, mengikuti jurugambar akhbar berpengalaman membuat liputan agar kemahiran saya dibidang fotografi lebih mantap.

“Bila saya didedahkan dengan kursus ICT baru-baru ini, apa juga bidang merupakan pembelajaran sepanjang hayat, cepat berubah mengikut situasi masa dan teknologi terkini” katanya yang merupakan jurugambar sambilan.

BALAI POLIS TELUK SENGAT MENJUARAI ANUGERAH BALAI POLIS CEMERLANG KATEGORI LUAR BANDAR
PENGERANG- Program melawat ke agensi kerajaan kawasan Parlimen Pengerang pada 18 dan 19 Februari lalu berjaya mengeratkan hubungan pemimpin setempat dengan kakitangan awam ke arah mempertingkatkan khidmat awam dan penyelesaian masalah bersama.

Jabatan pertama yang dilawati pemimpin setempat yang diketuai Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Dr Azalina Othman Said ialah

Balai Polis Teluk Sengat di sini dalam usaha memgeratkan hubungan dan memupuk kesedaran tentang pencegahan jenayah sebagai tanggungjawab bersama.

Menurut Azalina yang juga Ketua Umno Bahagian Pengerang, lawatan ini adalah sebahagian daripada siri lawatan ke agensi kerajaan dan swasta bersama pemimpin kawasan Parlimen Pengerang termasuk ke Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bandar Penawar, Balai Bomba Bandar Penawar, Balai Polis Bandar Penawar,  Balai Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) cawangan Sungai Rengit dan Kompleks Penghulu Sungai Rengit di sini.

Sesi lawatan ke Balai Polis Teluk Sengat yang terletak berhampiran tebing Sungai Johor itu bermula dengan memperkenalkan Pasukan Pelawat dengan anggota balai, taklimat  kawasan pentadbiran oleh Ketua Balai, skop tugasan, statistik kes jenayah dan kadar penyelesaian serta dialog bersama Asisten Superintendan Razali Yahaya selaku wakil rasmi Ketua Polis Daerah.

Balai Polis Teluk Sengat yang diketuai Sarjan Mejar Bahar Fadzillah Rozali bersama 9 anggotanya termasuk 2 polis wanita menjaga 6 zon penempatan yang meliputi keluasan 61.6 kilometer persegi yang dihuni lebih 18 ribu penduduk.

Zon itu merangkumi penempatan sekitar Teluk Sengat, Kampung Johor Lama, Kampung Tanjung Buai, Layau, Ladang Bukit Tinggi, Ladang Amboh, Felda Semencu, Felda Air Tawar 4 dan Air Tawar 5; Felda Sungai Mas, Ladang Ulu Papan, Felda Papan Timur, Kampung Baru Sri Jaya dan taman perumahan Bandar Mas.

Statistik perbandingan tahun 2008 dan 2009 bagi jenayah kekerasan menurun 7 kes dan kadar penyelesaian tahun lalu ialah 38 peratus sementara jenayah harta benda menunjukan penurunan 30 kes dan kadar penyelesaiannya ialah 40 peratus.

Aktiviti lawatan secara ‘face to face’ seperti ini merupakan salah satu pendekatan terbaik bagi kedua-dua belah pihak iaitu pemimpin masyarakat setempat dan penjawat awam untuk mengetahui perkembangan semasa dan masalah jenayah yang sering berlaku serta mencari jalan penyelesaian secara bersama.

Objektif utama program ini adalah untuk membina jaringan  hubungan di antara pihak polis dengan masyarakat setempat supaya bekerjasama mencegah jenayah di kawasan kejiranan melalui program Community Policing di samping dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan polis kepada orang awam.

Azalina juga mengucapkan tahniah kepada warga balai polis itu kerana terpilih sebagai Johan Balai Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Johor 2009 anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) yang diumumkan Pengerusi YPJM, Tan Sri Lee Lam Thye pada 8 Februari lalu.

Balai Polis Yong Peng pula merangkul Johan Balai Cemerlang Kategori Bandar dalam pertandingan yang dilaksanakan setiap 2 tahun sekali sebagai salah satu aktiviti utama YPJM dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN).

Anugerah YPIM - Balai Polis Cemerlang 2009 dengan tema ‘Masyarakat Bersama Polis’ adalah kesinambungan daripada Program Lawatan Balai Polis Tahun 2006 dan 2007 yang akan mengekalkan konsep dan strategi perlaksanaan yang sama dengan sedikit penambahbaikan dari segi program dan juga soalan penilaian.

PERKHIDMATAN KESIHATAN KAWASAN PARLIMEN PENGERANG
PENGERANG- Klinik Kesihatan Bandar Mas (KKBM) dibekalkan seorang  doktor dan 44 petugas termasuk khidmat seorang doktor pakar bergerak merangkumi kawasan yang dihuni lebih 20 ribu penduduk. Statistik penerima rawatan sepanjang 2009 menunjukan kehadiran sejumlah 24,316 pesakit luar di kalangan orang dewasa manakala seramai 30 kanak-kanak secara purata mendapat rawatan  harian.

KKBM mula beroperasi pada 1987 bertumpu kawasan di selatan daerah Kota Tinggi dan  mukim Tanjung Surat meliputi beberapa Felda seperti Felda Papan Timur, Felda Sungai Mas, sebuah taman perumahan KEJORA dan perkampungan tradisonal.

Pentadbiran KKBM turut bertanggungjawab terhadap operasi Klinik Desa (KD) Air Tawar 4, KD Air Tawar 5, KD Semencu dan klinik bergerak Felcra Layau.

Jarak antara KK Bandar Mas ke Hospital Kota Tinggi adalah 44 kilometer (km) dan ke Pejabat Kesihatan Kota Tinggi 46km dibekalkan hanya sebuah ambulans.

Itulah antara isu yang dikemukakan oleh Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan KKBM, Ismail Salleh dan fakta oleh Pegawai Perubatan KKBM, Dr Izyani Hussien kepada rombongan Lawatan Ramah Mesra yang diketuai Ahli Parlimen Pengerang, Dato Sri Dr. Azalina Othman Said.

Panel Penasihat Kesihatan itu merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menjadi penghubung antara masyarakat dan kakitangan kesihatan melalui aktiviti seperti senamrobik, kem-kem pendidikan kesihatan melalui aktiviti gotong-royong dan ceramah-ceramah kesihatan untuk mempertingkatkan serta mengekalkan taraf kesihatan penduduk.

Lawatan ke KKBM itu adalah antara siri lawatan ke Agensi Kerajaan bersama pemimpin masyarakat setempat dan NGO khususnya di kawasan Pengerang anjuran Pejabat Parlimen dan UMNO Bahagian Pengerang yang diterajui Dato Sri Dr Azalina Othman Said.

Sebelum ini,  beberapa  agensi kerajaan di kawasan Parlimen Pengerang telah dilawati rombongan itu termasuk 4 buah Balai Polis, Balai Bomba, Pejabat Kastam, Pejabat Imigresen, Jabatan Laut, Pejabat Peladang dan Kompleks Penghulu.

Hadir sama, Ketua MIC Pengerang, Dr. T Kanniappan dan pemimpin masyarakat setempat.

Rombongan itu turut meninjau kemudahan perkhidmatan di klinik induk di Bandar Mas itu yang dilengkapi Klinik Ibu dan Anak, unit pesakit luar, farmasi, pemeriksaan makmal, unit X-ray, pemeriksaan pergigian, bilik fisioterafi dan perkhidmatan kesihatan primer sebelum meninjau kawasan sekitar termasuk kuarters dan kebajikan kakitangan.

Kata Azalina, perjumpaan seperti ini merupakan salah satu pemudahcara yang akan membawa kepada nilai-nilai kerjasama serta muafakat di antara kakitangan kerajaan bersama pemimpin peringkat akar umbi yang mewakili kelompok penduduk di mukim-mukim dan kampung-kampung.

Katanya, ketelusan bersemuka dengan petugas agensi-agensi kerajaan berkenaan secara langsung mendapatkan huraian, maklumbalas dan penjelasan kedudukan isu-isu yang disuarakan di peringkat akar umbi berkait  infrastruktur, keselamatan, perkhidmatan, kebajikan, pendidikan, keugamaan, kebudayaan.

“Melalui kaedah ramah mesra ini dapat menyampaikan maklumat, maklum balas permasalahan, pandangan dan cadangan secara tidak langsung banyak menghasilkan perubahan minda masyarakat ke arah membantu kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik yang menjurus ke arah meningkatkan kualiti hidup penduduk” katanya.

Ketua Umno cawangan Air Tawar 5, Ghazali Abas berkata, di kawasan Parlimen Pengerang terdapat juga klinik kesihatan di Bandar Penawar, Sening, Sungai Rengit dan Pengerang  manakala taburan klinik desa terdapat di Felda Air Tawar 3, Telok Sengat, Tanjung Buai, Semenchu, Air Tawar 1, Air Tawar 4, Air Tawar 5, Tanjung Serindit, Kampung Linting, Tanjung Surat, Pasir Gogok, Sungai Kapal dan Teluk Ramunia.

“Maklum balas dari penduduk mencadangkan di Pengerang sewajarnya salah satu Klinik Kesihatan itu dinaikan taraf menjadi Hospital Kecil dan mencepatkan proses kawasan Pengerang menjadi sebuah daerah kecil bagi memudahkan segala pentadbiran” katanya yang juga merupakan Setiausaha Umno Bahagian Pengerang.

PERTUBUHAN PELADANG PENGERANG SUMBANG DIVIDEN RM384,385
PENGERANG- Prestasi kewangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang terus memberangsangkan apabila berjaya mencatatkan pendapatan sebanyak RM13.2 juta bagi tahun lalu.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Pengerang, Abdul Kadir Ahmad, berkata, pencapaian itu membolehkan pihaknya membayar dividen antara 10 hingga 15 peratus kepada ahli yang membabitkan sumbangan keuntungan kira-kira RM384,385.

“Perolehan utama PPK ialah pemasaran kelapa sawit, ternakan ayam dan urus niaga pelaburan dan sektor ini dijangka terus berkembang pada tahun 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesyuarat Agung Unit-Unit Peladang PPK Pengerang 2010 di Balai Raya Kampung Muhibah, Tanjung Serindit, Kota Tinggi, di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Kadir, dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada ahli-ahlinya melalui transformasi pertanian, PPK telah memperluaskan dan mempelbagaikan kegiatannya.

Antaranya, merancang dan melaksanakan projek-projek pengeluaran makanan terutamanya dalam tanaman pisang seluas 32.38 hektar, cili (10.12 hektar), jagung (20.24 hektar) serta tebu di Bukit Saga dan Vita Tenggara di sini.

Katanya, PPK Pengerang akan menyediakan kemudahan kejenteraan, input, latihan bagi menggalak dan merancang projek-projek pengeluaran makanan yang dilaksanakan ahli.

“Seterusnya hasil projek dipasarkan dengan kerjasama agensi pertanian termasuk FAMA, Jabatan Pertanian dan Mardi”, katanya ketika berucap di Mesyuarat Agung Unit-Unit Peladang PPK Pengerang 2010 di Balai Raya Kampung Muhibah, Tanjung Serindit, baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 70 orang termasuk ketua-ketua unit PPK Pengerang itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Dr Azalina Othman Said.

Hadir sama Pengurus Besar PPK Pengerang, Suriadi Abd Jalal; Pegawai Peladang Daerah LPP Johor Timur, Abdul Jalil Bukhairiah dan Ketua Unit Urusan Pendaftar LPP Negeri Johor, Ramli Isa.

Terdapat 16 unit kecil PPK kawasan dengan jumlah keahlian berdaftar seramai 2,200 ahli iaitu Unit PPK Kampung Pengerang, Kampung Lepau, Kampung Jawa, Kampung Sungai Kapal, Timur Jaya, Kampung Baru, Bumi Penawar, Sinaran Mas, Sening, Air Tawar 5, Setia Jaya, Kampung Belia Wawasan, Kampung Linting, Kampung Pasir Gogok, Tanjung Serindit dan Bandar Mas

Turut diraikan di majlis itu empat ahli peladang warga emas yang aktif iaitu Rahman Salleh, 80 yang bergiat dalam tanaman sayuran, getah dan perniagaan makanan;  Mahat Madil, 65, yang memiliki saham terbanyak unit peladang; Jantan Mahat, 70, yang mengusahakan Industri Kecil Serderhana berasaskan soya dan pengusaha tanaman kelapa sawit, Jayus Salleh, 70.

Masing-masing menerima cenderahati berupa hamper barangan produk peladang yang disampaikan oleh Azalina yang juga selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pengerang.

Azalina juga memuji semangat warga emas itu yang secara konsisten berbudi pada tanah dan mempelbagaikan hasil pertanian.

“Kegigihan mereka itu wajar dicontohi generasi muda yang menceburi sektor pertanian dan perusahaan IKS untuk memaksimunkan penggunaan tanah dan penambahan sumber makanan”.

Jantan Mahat ketika ditemubual berkata, beliau dibantu isterinya, Mazmah Dahlan, 64, mengusahakan minuman soya dan taufa atau minuman tauhu panas untuk pasaran pasar malam dan tempahan majlis jamuan perkahwinan.

Kata Jantan, melalui pengalamannya, untuk menghasilkan air tahu dan taufa yang berkualiti hendaklah memendapkan air paip berklorin sekurang -kurangnya 24 jam, paling elok guna gula Melaka dan elak guna gula tebu supaya tidak masam.

“Jangan pilih kacang soya yang muda dan hendaklah rendam bijian itu sekurang-kurangnya 4 jam, dicuci semula sebelum dikisar untuk kerja memasak dan mengkukus bahan itu” katanya yang berkongsi petua penyediaan minuman itu yang baik untuk ibu mengandung.

Lebuhraya Senai – Desaru bakal rancak sektor ekonomi rakyat
8 Dis, Bandar Penawar - Pembangunan teknologi yang semakin canggih kini membolehkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) mencatatkan satu pencapaian yang membanggakan. Ini berikutan reka bentuk dan pembinaan Jambatan Kabel Bersatah Tunggal yang merupakan terpanjang di dunia dengan span utamanya sepanjang 500 meter.

Jambatan sepanjang 1.7 kilometer (km) itu dibina merentasi Sungai Johor dan melibatkan pembinaan dua pilon utama apabila struktur itu mencapai ketinggian sehingga 150 meter setiap satu. Span sepanjang 740 meter yang diperbuat daripada besi komposit dan kekotak galang konkrit digunakan sebagai span utama di bahagian kabel tergantung struktur itu.

Ketua UMNO Bahagian Pengerang, YB Dato Sri Dr Azalina Othman ketika ditemui berkata, pembinaan lebuhraya ini dijangka akan menrancakkan lagi sektor ekonomi rakyat khususnya di kawasan Pengerang. Ini kerana menurut beliau apabila ia siap dibina kelak, peratusan kedatangan pelancongan dijangka akan meningkat.

“Bukan sahaja pelancongan dari luar Negara namun pengunjung dari dalam Negara juga pasti akan meningkat, kerana pembinaan ia selesa dan cepat berbanding jalan yang digunakan sebelum ini”

Katanya, lebuh raya yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan itu bakal memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi di kawasan itu pada masa akan datang.

Baki tingkat di bahagian timur dan barat jambatan tersebut pula dibina sepenuhnya dengan kekotak galang dengan sel-sel bersiri yang diperbuat sepenuhnya daripada konkrit.

Pada masa sama, para pengguna lebuh raya juga dihubungkan melalui laman web www.e22.com.my dan laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Tujuan penyediaan imej lintas langsung daripada laman-laman web tersebut adalah bagi membantu para pengguna merancang perjalanan mereka.

Selain itu, Pusat Kawalan Trafik SDE yang terletak di KM22 dihubungkan dengan rangkaian 19 unit kamera litar tertutup (CCTV), 69 Telefon Kecemasan (ETS), lapan Alat Pengesan Kenderaan (VDS) dan lapan Papan Litar Maklumat (VMS). Kemudahan itu untuk memantau keadaan trafik sepanjang 24 jam dalam usaha memastikan keselamatan dan perjalanan yang selesa kepada pengguna.

Pusat Kawalan Trafik juga menghubungkan Pasukan Keselamatan SDE dengan para pengguna yang memerlukan perkhidmatan mereka.

Penyelenggaraan dan pengendalian SDE juga melibatkan pembangunan Sistem Penyelenggaraan Trafik (EMS) yang berteknologi tinggi berasaskan web dan Sistem Penyelengaraan Jambatan (BMS) untuk mengumpul data dan memantau SDE selama 24 jam secara talian.

Syarikat Iran, Qatar mahu labur RM46b
7 Feb, Johor Bahru - Dua syarikat luar negara merancang untuk melabur sejumlah RM46 bilion dalam sektor minyak dan gas di Teluk Ramunia dan Pengerang, dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, syarikat dari Iran merancang untuk melabur RM30 bilion manakala firma Qatar pula sebanyak RM16 bilion.

“Mereka telah menghantar permohonan kepada kerajaan Persekutuan dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang paip besi bagi sektor minyak dan gas, EEW Malaysia Sdn. Bhd. di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, semalam.

Abdul Ghani berkata, syarikat luar negara itu berkemungkinan besar melabur di kawasan Teluk Ramunia dan Pengerang yang dirancang menjadi hab serantau bagi sektor minyak dan gas.

Katanya, kawasan seluas 1,200 hektar di Teluk Ramunia dan Pengerang telah dikenal pasti untuk dijadikan hab sektor tersebut menjelang 2013.

Menurut beliau, kedua-dua syarikat itu dijangka menyiapkan kemudahan operasi di kawasan itu sebelum 2013.