23 Novermber, Desaru - Bertempat di Kilometer 20 Jalan Desaru-Kota Tinggi, satu majlis bagi mewujudkan hub pembangunan Bio Pelancongan telah diadakan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Turut hadir pada majlis yang penuh bermakna itu ialah Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said merangkap Menteri Pelancongan.
Read the rest of this entry »
11 November, London - Isu peralihan kuasa antara Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dengan Naib Ketuanya, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil perlu diselesaikan secepat mungkin demi perpaduan parti itu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.
Read the rest of this entry »
10 November, Bandar Penawar - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said tidak melihat kekurangan pencalonan untuk melayakkannya bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Mac depan sebagai suatu kegagalan. Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Ahli Parlimen Pengerang menganggap 14 pencalonan yang diterimanya setakat ini untuk jawatan tersebut diibaratkan sebagai ‘pintu yang telah dibuka’.
Read the rest of this entry »
10 November, Bandar Penawar - Mengenai gejala politik wang pada pemilihan UMNO kali ini, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, ahli parti perlu menolak amalan tersebut dan memilih calon-calon berdasarkan kepada kebolehan yang ditawar mereka. Azalina yang ditemui melahirkan kebimbangannya dengan isu politik yang dikatakan semakin berleluasan dalam Umno kebelakangan ini.
Read the rest of this entry »
10 November, Bandar Penawar - Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said, menegaskan adalah merupakan cabaran kepada beliau sebagai Ketua Umno Bahagian yang baru untuk memberikan penekanan kepada isu berkaitan dengan kebajikan masyarakat di Pengerang ini.
Read the rest of this entry »

9 Nov, Bandar Penawar - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said hari ini dengan rasminya diumumkan sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang.
Dato’ Sri Azalina yang memenangi kerusi Ketua UMNO Bahagian Pengerang setelah mendapat 27 pencalonan daripada 31 cawangan yang bersidang. Manakala pencabarnya, Datuk Harun Abdullah hanya mendapat 4 pencalonan sahaja dan sekaligus tidak melepasi had kelayakan. Read the rest of this entry »

Ketika diminta pandangannya, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Sri Azalina Othman Said berpendapat Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kini mungkin berada dalam keadaan tersepit.
Menurut Azalina, Sharizat kini mungkin tersepit antara pelan peralihan kuasa seperti yang pernah ditawarkan oleh Tan Sri Rafidah sebelum ini dan desakan dari akar umbi yang mahukan dia merebut jawatan nombor satu dalam pergerakan wanita itu. Read the rest of this entry »
4 November, Kuala Lumpur - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said hari ini melahirkan rasa tidak yakin yang beliau akan mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya bertanding merebut jawatan Naib Ketua Wanita UMNO pada Mac ini.
Beliau yang setakat ini hanya mendapat 13 pencalonan dan masih memerlukan 16 pencalonan lagi untuk melayakkan beliau bertanding jawatan tersebut turut mendakwa terdapat sekatan di peringkat bahagian supaya tidak mencalonkannya. Read the rest of this entry »

3 Nov, Felda Air Tawar 1 - Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said menyumbang bantuan sebanyak RM 5,500 kepada seorang peneroka Felda Air Tawar 1, Lirpar Sarpan, 66, bagi meringankan bebannya selepas rumahnya dijilat api malam kelmarin.
Read the rest of this entry »

3 November, Slim River - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu menyatakan pendiriannya sama ada bertanding jawatan ketua Wanita Umno kerana pencalonan besar yang diterimanya setakat ini adalah amanah daripada akar umbi, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata, pencalonan yang banyak untuk Shahrizat bagi jawatan itu adalah isyarat jelas daripada Wanita Umno supaya beliau bertanding.
Read the rest of this entry »

2 November, Slim River. - Pemimpin politik yang menggunakan ejen atau orang tengah sebagai pelobi dalam kempen bagi menghadapi pemilihan UMNO Mac depan boleh menyebabkan politik wang berleluasa dalam parti itu. Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, gejala itu jika tidak dibanteras akan mewujudkan sesuatu yang tidak sihat dalam parti.
Read the rest of this entry »

Ahli Majlis Tertinggi, Dato’ Sri Azalina Othman Said mendakwa terdapatnya usaha dari pihak-pihak tertentu untuk menyekat kemasukkan ahli puteri ke dalam pergerakan Wanita Umno. Beliau yang setakat ini baru mendapat 15 pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Wanita Umno menegaskan demikian semasa ditanya ketika sidang media yang diadakan.
Read the rest of this entry »

28 Okt, Kaherah Mesir - Kewujudan “puak-puak” akibat keghairahan calon merebut jawatan dalam Umno boleh menyebabkan kehancuran kepada parti itu, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman Said. Ketika melahirkan kebimbangan itu, Azalina berkata kempen merebut jawatan dalam parti itu sejak kebelakangan ini seolah-olah telah mewujudkan “puak-puak” untuk meraih sokongan.
Read the rest of this entry »

25 Okt, Kuala Lumpur - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan Dato’ Sri Azalina Othman Said adalah antara dua nama yang mendapat pencalonan dari Bahagian Pengerang minggu ini. Dua lagi bahagian yang menambah pencalonan kepada Azalina ialah bahagian Papar dan Pendang, sekaligus menjadikan jumlah pencalonan Azalina sebagai Naib Ketua setakat ini ialah sepuluh.
Read the rest of this entry »

18 Oktober, Bandar Penawar - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said merangkap Ahli Parlimen Pengerang mennyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO sekiranya mendapat cukup pencalonan.
Read the rest of this entry »