8 Dis, Bandar Penawar - Pembangunan teknologi yang semakin canggih kini membolehkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) mencatatkan satu pencapaian yang membanggakan. Ini berikutan reka bentuk dan pembinaan Jambatan Kabel Bersatah Tunggal yang merupakan terpanjang di dunia dengan span utamanya sepanjang 500 meter.
Jambatan sepanjang 1.7 kilometer (km) itu dibina merentasi Sungai Johor dan melibatkan pembinaan dua pilon utama apabila struktur itu mencapai ketinggian sehingga 150 meter setiap satu. Span sepanjang 740 meter yang diperbuat daripada besi komposit dan kekotak galang konkrit digunakan sebagai span utama di bahagian kabel tergantung struktur itu.
Read the rest of this entry »

6 Feb, Melaka - Pergerakan Puteri UMNO negeri Melaka hari ini melancarkan laman web sebagai medium interaksi untuk orang ramai khususnya kepada generasi muda mendekati pergerakan itu dengan lebih mudah.
Ia boleh dilayari di www.puteriumno.my/portal/melaka yang turut memaparkan liputan berita, aktiviti kemasyarakatan dan politik, galeri foto, koleksi dan ucapan.
Ketuanya, Mas Ermieyati Samsuddin berkata, laman web Pergerakan Puteri UMNO negeri itu dilancarkan khusus untuk memudahkan interaksi antara masyarakat terutama ahli Puteri dengan kepimpinan di peringkat pusat.
Read the rest of this entry »
24 Dec, Pengerang - Program Khidmat Bergerak, Parlimen Pengerang yang digerakkan oleh YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said, Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang diteruskan ke kampung-kampung. Di sepanjang bulan Disember sebanyak 6 buah kampung telah dilawati beliau antaranya Bukit Raja, Sungai Buntu, Teluk Ramunia, Felda Papan Timur n Felcra Sungai Layau.
Sambutan yang diberikan amat mengalakkan, kerana mereka berpeluang berjumpa sendiri dengan wakil rakyat disamping menyampaikan semua maklumat, aduan, rungutan, masalah dan sebagainya. Kerjasama yang diberikan amat mengalakan termasuklah dari ketua kampung, penghulu, pengurus Felda, dan semua lapisan masyarakat.
Read the rest of this entry »
13 Dis, Kota Tinggi - Seramai 45 peserta pertanian ladang kontrak di sekitar kawasan Pengerang mengikuti Kursus Pengendalian Lepas Tuai (PLT) Tanaman Pisang anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kota Tinggi baru-baru ini.
Kursus yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang itu bertujuan mendedahkan peserta mengenai kaedah dan teknologi terkini yang mampu menjana pendapatan dan hasil lebih tinggi daripada tanaman berkenaan.
Read the rest of this entry »

13 Nov, Felda Semenchu - Program Khidmat Bergerak yang dihadiri sendiri oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said diteruskan ke Felda Semenchu. Program yang sebelum ini mendapat maklumbalas positif dari orang kampung itu telah menjadi bahan bualan orang di kedai-kedai kopi. Rata-rata dari mereka memperkatakan kesungguhan Azalina dalam membela dan memperjuangkan nasib mereka.
Read the rest of this entry »

6 Nov, Felda Air Tawar 4 - Penduduk kampung Felda Air Tawar 4 bertuah apabila Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang, YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said mengunakan pendekatan yang lebih mesra rakyat dalam menyelesaikan permasalahan dan aduan dari para penduduk.
Read the rest of this entry »

31 Okt, Air Tawar 5 - Bertempat di dewan mesra Felda Air Tawar 5 satu program ‘Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Sukan Bermotor Kawasan Pengerang telah diadakan. Program anjuran pejabat Parlimen itu antara lainnya adalah merupakan perjumpaan tahunan untuk semua ahli kelab.
Sehingga hari ini, terdapat hampir 20 kelab telah berdaftar untuk membentuk satu gabungan bagi mengerakkan aktiviti-aktiviti bagi memupuk semangat generasi muda untuk bergerak di bawah persatuan.
Read the rest of this entry »

20 Okt, Kota Tinggi - Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat perlu meneruskan sokongan mereka terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional agar usaha memajukan negara ini dan menjadikan mereka sebagai bangsa yang berjaya, tercapai.
“Kerajaan komited dalam usaha membela nasib rakyat pelbagai lapisan di negara ini dan ini dapat dibuktikan melalui Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini,” katanya pada majlis bersama pemimpin di Kampung Felda Sungai Mas, Pengerang.
Read the rest of this entry »

24 Oktober, Pengerang - Bertempat di kampung Pengerang, satu program gotong-royong pemimpin bersama rakyat telah diadakan. Program anjuran Parlimen Pengerang dengan kerjasama JKKK penduduk dan sukarelawan Pengerang itu bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama di antara pemimpin dan penduduk kampung.
Antara tetamu kehormat yang turut menghadiri program tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian, YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said, Ketua UMNO Cawangan Pengerang, Tuan Haji Razak Bedu dan Ketua Kampung Pengerang, En Mat Sharo Razali serta Pergerakan UMNO Wanita Cawangan Pengerang.
Read the rest of this entry »

3 Oct, Port Dickson - Ketua UMNO Bahagian Pengerang YB Dato’ Sri Azalina Othman sanggup berhujan bersama ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) lain, bagi memberikan semangat kepada calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau yang tiba di pusat penamaan calon di sini turut berarak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohd Isa.
Read the rest of this entry »