
3 Dis, Kuala Lumpur - Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengatasi persepsi negatif terhadap sekolah aliran kebangsaan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, selama ini, persepsi yang mengekang minat terhadap Sekolah Kebangsaan (SK) adalah apabila orang Melayu menganggapnya sebagai kurang Islamik.
Sementara itu, katanya, orang bukan Melayu pula berpandangan SK didominasi oleh satu-satu kaum sahaja.
Read the rest of this entry »

15 Okt, Kuala Lumpur - Semua pihak perlu bersikap matang untuk menentukan kedudukan pemimpin wanita baik dalam parti mahu pun kerajaan berdasarkan kebolehan mereka.
Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, seperti mana kaum lelaki, wanita juga menghadiri mesyuarat dan sebagainya.
Read the rest of this entry »
11 Okt, Kota Tinggi- Kawasan Pengerang dekat sini dijangka terus mengalami limpahan pembangunan hasil peruntukan yang disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beberapa hotel baru akan dibina dalam usaha menjadikan Pengerang sebagai daerah pelancongan terkenal selain pembinaan taman perumahan serta rumah peranginan.
Read the rest of this entry »
10 Okt, Kota Tinggi (Bernama) - Bekas Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa terkilan apabila cadangan pindaan supaya wanita berumur 18 hingga 35 tahun yang menyertai Umno didaftar secara automatik sebagai anggota Puteri, ditolak.
Beliau berkata sekiranya generasi muda wanita Melayu masih terpaksa membuat pilihan sama ada menganggotai Wanita atau Puteri dalam parti tersebut, Umno yang menjadi parti tunjang Melayu tidak akan menjadi kuat.
Read the rest of this entry »

3 Oct, Port Dickson - Ketua UMNO Bahagian Pengerang YB Dato’ Sri Azalina Othman sanggup berhujan bersama ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) lain, bagi memberikan semangat kepada calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau yang tiba di pusat penamaan calon di sini turut berarak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohd Isa.
Read the rest of this entry »
30 Jun, Kota Tinggi - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup 30,140 karton rokok kretek bernilai RM3.2 juta dalam satu operasi khas malam kelmarin.
Timbalan Komander PGM Wilayah Dua, Supritendan Kalai Chelvan berkata, kesemua rokok kretek itu dirampas setelah pasukannya menahan sebuah bot di kedudukan empat batu nautika dari Pantai Tanjung Balau kira-kira pukul 7.30 petang.
Read the rest of this entry »
28 Jun, Johor Bahru - Sebuah bot tunda yang berdaftar di Singapura ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki membawa 3,000 tan pasir sungai bernilai kira-kira RM20,000 di perairan Tanjung Surat, Kota Tinggi, kelmarin.
Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Che Hassan Jusoh berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasir yang ditunda bot Cathay 15 itu cuba diseludup ke negara jiran.
Read the rest of this entry »

14 Jun, Johor Bahru - Pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Singapura dengan kawasan timur Johor mampu menjadi pemangkin pertumbuhan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Dr Azalina Othman Said berkata, ini kerana kewujudan jambatan itu bukan sahaja mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura, malah mampu menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan Pantai Timur Semenanjung meliputi timur Johor seperti Kota Tinggi dan Mersing serta negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Read the rest of this entry »
Johor Bahru - Johor akan bekerjasama dengan kerajaan Pusat dalam mengkaji cadangan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia-Singapura meliputi semua aspek termasuk lokasi, kos perbelanjaan dan kesan ekonomi.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata kerajaan perlukan kajian mendalam mengenai projek itu dan percaya Singapura juga akan melaksanakan kajian sama sebelum perbincangan peringkat menteri kedua-dua negara, diadakan pada peringkat lebih tinggi.
Read the rest of this entry »

8 Jun, Kuala Lumpur - Penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Dialog Group Bhd, merancang melabur lebih AS$1 bilion (AS$1=RM3.50) untuk membina terminal storan dan kemudahan pelabuhan di Pengerang, Johor.
Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan, Ngau Boon Keat, berkata projek itu akan bermula awal tahun depan sebaik ia disahkan berdaya maju selepas kajian mengenainya dilakukan, termasuk penilaian impak alam sekitar.
Read the rest of this entry »