11 Okt, Kota Tinggi- Kawasan Pengerang dekat sini dijangka terus mengalami limpahan pembangunan hasil peruntukan yang disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beberapa hotel baru akan dibina dalam usaha menjadikan Pengerang sebagai daerah pelancongan terkenal selain pembinaan taman perumahan serta rumah peranginan.

Read the rest of this entry »

Share This Post

10 Okt, Kota Tinggi (Bernama) - Bekas Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa terkilan apabila cadangan pindaan supaya wanita berumur 18 hingga 35 tahun yang menyertai Umno didaftar secara automatik sebagai anggota Puteri, ditolak.

Beliau berkata sekiranya generasi muda wanita Melayu masih terpaksa membuat pilihan sama ada menganggotai Wanita atau Puteri dalam parti tersebut, Umno yang menjadi parti tunjang Melayu tidak akan menjadi kuat.
Read the rest of this entry »

Share This Post

Kuala Lumpur , 23 Sept - Langsat Terminal (One) Sdn Bhd (LTOSB) memulakan operasi fasa pertama projek terminal tangkinya dengan jayanya.

Terminal itu menerima penghantaran minyak dan gas pertamanya daripada pelanggannya, Trafigura Pte Ltd, pada 19 Sept, kata Dialog Group Bhd dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia Rabu.

LTOSB adalah projek usaha sama antara Dialog, MISC Bhd dan Puma Energy Asia Pacific B.V., yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Trafigura.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Kuala Lumpur , Sept 23 - Langsat Terminal (One) Sdn Bhd (LTOSB) has successfully commenced operations of the first phase of its tank terminal project.

The terminal received its first shipment of oil and gas from its customer, Trafigura Pte Ltd, on Sept 19, said Dialog Group Bhd in an announcement to Bursa Malaysia on Wednesday.

LTOSB is a joint venture project between Dialog, MISC Bhd and Puma Energy Asia Pacific B.V., which is part of the Trafigura group.

Read the rest of this entry »

Share This Post
09
Jul

3 Julai, Kota Tinggi - Orang ramai digesa mengamalkan tiga langkah iaitu menyimpan nombor telefon polis, memaklumkan sebarang kegiatan jenayah dan mengadakan sistem rondaan untuk samasama membendung aktiviti jenayah di kawasan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, ketiga-tiga langkah itu penting bagi memastikan kadar jenayah di kawasan mereka dapat dihindarkan.

Read the rest of this entry »

Share This Post

shahrir319 Jun, Johor Bahru - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad menyokong titah Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail yang tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga menghubungkan kawasan timur negeri ini dengan Changi di Singapura.

Justeru, beliau berharap semua pihak akur dengan titah Sultan Iskandar itu kerana pada masa ini tidak terdapat keperluan mendesak membina jambatan itu memandangkan isu kesesakan trafik di Tambak Johor yang masih belum selesai hingga sekarang.

Read the rest of this entry »

Share This Post

mahathir19 Jun, Kuala Lumpur - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Changi, Singapura dan bahagian timur Johor, Malaysia tidak sesuai kerana ia akan mengganggu perjalanan kapal ke Pelabuhan Pasir Gudang.

Bekas Perdana Menteri menegaskan, beliau sejak awal lagi tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu sebaliknya memberitahu pembinaan jambatan bengkok atau lebih dikenali sebagai Jambatan Indah bagi menggantikan Tambak Johor adalah lebih sesuai.

Read the rest of this entry »

Share This Post

najib18 Jun, Kota Samarahan - Kerajaan belum membuat keputusan berhubung pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan kerana, sebelum dilaksanakan, satu kajian secara mendalam perlu dilakukan bagi memastikan sama ada ia memberi faedah atau tidak kepada kedua-dua negara.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Sultan Iskandar18 Jun, Nusajaya - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Pendirian baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di sini hari ini.

Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa baginda tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga,” kata Tunku Ibrahim Ismail.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Selepas kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok pada April 2006, apa-apa isu yang menyentuh mengenai ‘jambatan’ akan menjadi perbincangan hangat banyak pihak.

Malaysia dan Singapura mempunyai interpretasi yang pelbagai dan berbeza dalam menanggapi isu pembatalan jambatan bengkok tersebut.

Bagaimanapun, baik di pihak Malaysia atau pun Singapura, masing-masing menyimpan harapan tinggi untuk menyaksikan bakal ada sebuah jambatan baru yang menghubungkan kedua-dua negara berkenaan.

Read the rest of this entry »

Share This Post
 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1