Pertandingan Sepak Takraw tertutup Parlimen Pengerang

20 Jun, Felda Semenchu - Atas usaha untuk melahirkan generasi proaktif yang mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan setempat, baru-baru ini anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Generasi Pewaris Belia Felda Adela berjaya mengondoli satu pertandingan sepak takraw tertutup Parlimen Pengerang.
Pertandingan yang diadakan itu adalah merupakan kerjasama dan Anjuran Pejabat Parlimen Pengerang YB. Dato’ Sri Dr Azalina Binti Dato’ Othman Said.
Pertandingan itu diadakan di Dewan Sukan Komuniti Semenchu yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan takraw dan juga untuk mengeratkan silaturrahim antara anak-anak muda di dalam Parlimen Pengerang.
Pertandingan yang diadakan itu turut disertai oleh 30 pasukan yang telah berdaftar seawal pagi. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 sepasukan. Pasukan itu terdiri dari anak muda yang mewakili kampung atau felda masing-masing. Antaranya pasukan Bujur Sireh, Generasi Belia Air Tawar 5, Generasi Felda Adela, Sg.Mas, Pasukan Rejam Emas, dan beberapa pasukan lagi.
Kejohanan yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah oleh Pengawai Khas kepada Ahli Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella. Ia telah dimenangi oleh pasukan Generasi Belia Felda Adela. Manakala Naib Johan pula di di sandang oleh kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Bujur Sireh. Tempat ketiga disandang oleh Pasukan Belia Air Tawar 5 dan tempat keempat dimenangi oleh Pasukan Rejam Emas.
Pertandingan Sepak Takraw itu turut menawarkan hadiah berupa sebuah piala pusingan, Medal dan wang tunai sebanyak RM500 (Johan), RM300 (Naib Johan), RM200 (Ketiga), RM50 (Keempat). Kepada setiap Pasukan yang memenangi tempat tersebut.
Kesemua hadiah-hadiah tersebut adalah sumbangan sepenuhnya daripada Pejabat Parlimen Pengerang.
Pertandingan Sepak Takraw tertutup Parlimen Pengerang adalah program yang pertama yang dianjurkan sepanjang tahun 2009, yang akan disusuli dengan Pertandingan Badminton, Futsal (lelaki & Wanita), Bola Sepak, Nasyid, Bola Jaring, Futsal (Kanak-kanak), Ping Pong, Carom, Karaoke, Kompang Berirama.
|
BIL |
PROGRAM |
TARIKH |
TEMPAT |
|
1 |
SEPAK TAKRAW |
20.06.2009 |
SCORE |
|
2 |
BADMINTON |
04.07.2009 |
SUNGAI MAS |
|
3 |
FUTSAL LELAKI & WANITA |
18.07.2009 |
SCORE |
|
4 |
BOLA SEPAK |
01.08.2009 |
BANDAR PENAWAR |
|
5 |
NASYID |
15.08.2009 |
BANDAR MAS |
|
6 |
BOLA JARING |
24.10.2009 |
AIR TAWAR 5 |
|
7 |
FUTSAL KANAK-KANAK |
31.10.2009 |
SCORE |
|
8 |
PING PONG |
14.11.2009 |
AIR TAWAR 4 |
|
9 |
CAROM |
28.11.2009 |
RAKAN MUDA |
|
10 |
DAM AJI |
05.12.2009 |
SUNGAI BUNTU |
|
11 |
KARAOKE |
12.12.2009 |
KIP MART KOTA TINGGI |
|
12 |
KOMPANG BERIRAMA |
18.12.2009 |
DATARAN SUNGAI RENGIT |
* Tempat dan Tarikh akan tertakhluk kepada perubahan yang akan ditentukan


































