Jambatan pemangkin pertumbuhan

14 Jun, Johor Bahru - Pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Singapura dengan kawasan timur Johor mampu menjadi pemangkin pertumbuhan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Dr Azalina Othman Said berkata, ini kerana kewujudan jambatan itu bukan sahaja mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura, malah mampu menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan Pantai Timur Semenanjung meliputi timur Johor seperti Kota Tinggi dan Mersing serta negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Lagipun kita kena bezakan antara fungsi jambatan pertama (Tambak Johor) dengan Linkedua di Gelang Patah iaitu peranan kedua-dua jambatan itu untuk meningkatkan pembangunan di kawasan Pantai Barat Semenanjung, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam yang menyatakan jambatan ketiga itu tidak wajar dibina dan bukan satu keperluan mendesak.

Shahrir menjelaskan, dalam keadaan sekarang membina jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang telah berusia lebih 83 tahun adalah lebih baik dan perlu diutamakan bagi mengatasi pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Azalina yakin kos pembinaan jambatan ketiga itu lebih murah kerana jaraknya lebih dekat berbanding untuk membina jambatan baru di Tambak Johor.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply

 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1