Pertaruh calon terbaik

azalinaothmansaid25 Mei, Johor Bahru - UMNO yakin mampu memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan jika mempertaruhkan calon yang baik.

Ketua UMNO Bahagian Pengerang, YB Dato’ Sri Dr Azalina Othman Said berkata, BN wajar bertanding di DUN Manek Urai kerana keputusannya nanti boleh dijadikan petunjuk bagi memperbaiki dan mengatasi kelemahan parti.

“Ia seperti kita menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebelum peperiksaan sebenar pelajar berkenaan dikehendaki menjalani ujian dan peperiksaan percubaan.

“Menerusi ujian dan peperiksaan percubaan itu ia boleh dijadikan petunjuk untuk memperbaiki mata pelajaran yang lemah sebelum menghadapi peperiksaan sebenar,” katanya yang juga bekas Menteri Pelancongan.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply

 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1