Jangan berfikiran kolot – Azalina
26 Mei, Johor Bahru - Pemimpin Johor menyifatkan sesiapa saja yang cuba menghidupkan sentimen komunisme yang diperjuangkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai berfikiran kolot.
Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Dr Azalina Othman Said berkata, jika ada mana-mana rakyat negara ini yang mahu mendekatkan diri atau meniupkan semangat komunisme ia merupakan perbuatan tidak bertamadun.
“Bagi saya dalam abad ke-21 ini cukup kolot kalau ada mana-mana rakyat Malaysia masih mahu dekat atau membicarakan mengenai perjuangan Chin Peng.
“Dalam kegawatan ekonomi global dan ditambah dengan masalah ketidakstabilan politik serta masalah sosial, sesiapa yang membicarakan Chin Peng merupakan satu pekerjaan yang membuang masa,” katanya di sini hari ini.
Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.


































