Sep
Feb
8 Dis, Bandar Penawar - Pembangunan teknologi yang semakin canggih kini membolehkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) mencatatkan satu pencapaian yang membanggakan. Ini berikutan reka bentuk dan pembinaan Jambatan Kabel Bersatah Tunggal yang merupakan terpanjang di dunia dengan span utamanya sepanjang 500 meter.
Jambatan sepanjang 1.7 kilometer (km) itu dibina merentasi Sungai Johor dan melibatkan pembinaan dua pilon utama apabila struktur itu mencapai ketinggian sehingga 150 meter setiap satu. Span sepanjang 740 meter yang diperbuat daripada besi komposit dan kekotak galang konkrit digunakan sebagai span utama di bahagian kabel tergantung struktur itu.
Feb
7 Feb, Johor Bahru - Dua syarikat luar negara merancang untuk melabur sejumlah RM46 bilion dalam sektor minyak dan gas di Teluk Ramunia dan Pengerang, dekat sini.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, syarikat dari Iran merancang untuk melabur RM30 bilion manakala firma Qatar pula sebanyak RM16 bilion.
“Mereka telah menghantar permohonan kepada kerajaan Persekutuan dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mengenai perkara itu,” katanya.
Feb
6 Feb, Melaka - Pergerakan Puteri UMNO negeri Melaka hari ini melancarkan laman web sebagai medium interaksi untuk orang ramai khususnya kepada generasi muda mendekati pergerakan itu dengan lebih mudah.
Ia boleh dilayari di www.puteriumno.my/portal/melaka yang turut memaparkan liputan berita, aktiviti kemasyarakatan dan politik, galeri foto, koleksi dan ucapan.
Ketuanya, Mas Ermieyati Samsuddin berkata, laman web Pergerakan Puteri UMNO negeri itu dilancarkan khusus untuk memudahkan interaksi antara masyarakat terutama ahli Puteri dengan kepimpinan di peringkat pusat.
Feb
5 Feb, Bandar Penawar - Walaupun menghadapi kekurangan sumber kewangan berikutan keadaan ekonomi semasa, Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) berazam akan meneruskan usaha menghantar pelajarnya menyertai pelbagai kejohanan di luar negara bagi menimba pengalaman dan menyediakan mereka sebagai atlit negara.
“Peluang menyertai kejohanan di luar negara adalah amat penting terutamanya di dalam membina pengalaman dan pendedahan di kalangan atlit muda SSBP. Kita tidak akan duduk diam walaupun berhadapan dengan kekangan bajet.
Penyertaaan di dalam kejohanan dan pertandingan di luar negara penting kerana ia amat membantu meningkatkan pendedahan serta pengalaman atlit muda kita,” kata Pengetuanya Wan Ibrahim Wan Chik.Katanya pihaknya telah merangka beberapa pendekatan kreatif bagi memperolehi sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan pelajar ke luar negara.
Feb
30 Jan, Sungai Kapal - Tertarik dengan keunikan budaya dan adat Melayu, pasangan pengantin Tionghua di Kampung Sungai Kapal, Pengerang dekat sini melangsungkan majlis perkahwinan mereka mengikut adat dan budaya kaum Melayu.
Hong Lau Hock, 38, berkata, perancangan untuk menganjurkan majlis perkahwinan mengikut adat Melayu itu telah lama terpahat di hatinya. Menurut peniaga tersebut, keluarganya juga tidak membantah hasratnya untuk menganjurkan majlis perkahwinan mengikut adat Melayu.
Feb
24 Dec, Pengerang - Program Khidmat Bergerak, Parlimen Pengerang yang digerakkan oleh YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said, Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang diteruskan ke kampung-kampung. Di sepanjang bulan Disember sebanyak 6 buah kampung telah dilawati beliau antaranya Bukit Raja, Sungai Buntu, Teluk Ramunia, Felda Papan Timur n Felcra Sungai Layau.
Sambutan yang diberikan amat mengalakkan, kerana mereka berpeluang berjumpa sendiri dengan wakil rakyat disamping menyampaikan semua maklumat, aduan, rungutan, masalah dan sebagainya. Kerjasama yang diberikan amat mengalakan termasuklah dari ketua kampung, penghulu, pengurus Felda, dan semua lapisan masyarakat.
Feb

3 Dis, Kuala Lumpur - Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengatasi persepsi negatif terhadap sekolah aliran kebangsaan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, selama ini, persepsi yang mengekang minat terhadap Sekolah Kebangsaan (SK) adalah apabila orang Melayu menganggapnya sebagai kurang Islamik.
Sementara itu, katanya, orang bukan Melayu pula berpandangan SK didominasi oleh satu-satu kaum sahaja.
Feb
8 Dis, Kota Tinggi - Apa sudah jadi dengan kawasan perairan di Pengerang? Sebelum ini isu aktiviti haram seperti memindahkan minyak ke kapal-kapal asing dan pusat penyeludupan warga asing ibarat menjadi isu biasa di kawasan itu. Namun kini timbul pula isu penyalahgunaan jeti awam sebagai pusat pemindahan warga asing ke kapal-kapal kasino di perairan antarabangsa.
Isu terbaru itu didedahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang apabila mendakwa Kompleks Terminal Feri Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih di Pengerang di sini dijadikan pusat transit tersebut. Ketuanya, Mohd. Amin Hamidon berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk tempatan bahawa terdapat aktiviti pemindahan warga asing yang semakin rancak di kompleks itu sejak beberapa bulan lalu.
Feb
9 Dis, Johor Bahru - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua menahan seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kuala Sungai Bauk, Pasir Gogok dekat Pengerang, Kota Tinggi awal pagi ini.
Komander Markas PGM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abd. Rahman berkata, dalam kejadian pukul 4.40 pagi itu, pihaknya mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan di perairan tersebut.
Menurutnya, bot itu dipercayai cuba memasuki negara ini melalui pangkalan yang tidak diwartakan.
Feb
13 Dis, Kota Tinggi - Seramai 45 peserta pertanian ladang kontrak di sekitar kawasan Pengerang mengikuti Kursus Pengendalian Lepas Tuai (PLT) Tanaman Pisang anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kota Tinggi baru-baru ini.
Kursus yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang itu bertujuan mendedahkan peserta mengenai kaedah dan teknologi terkini yang mampu menjana pendapatan dan hasil lebih tinggi daripada tanaman berkenaan.
Written by 












































