Rasminya Azalina Ketua Umno Pengerang
9 Nov, Bandar Penawar - Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said hari ini dengan rasminya diumumkan sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang.
Dato’ Sri Azalina yang memenangi kerusi Ketua UMNO Bahagian Pengerang setelah mendapat 27 pencalonan daripada 31 cawangan yang bersidang. Manakala pencabarnya, Datuk Harun Abdullah hanya mendapat 4 pencalonan sahaja dan sekaligus tidak melepasi had kelayakan.
Bahagian Pengerang yang mengadakan mesyuaratnya pada hari ini juga sebulat suara turut memilih Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai calon Presiden Umno Malaysia dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.
Manakala Dato’ Badaruddin Amiruddin pula dicalonkan sebagai Pengerusi tetap dan Dato’ Mohamad bin Aziz sebagai Timbalan pengerusi tetap.
Keputusan sebulat suara juga diambil untuk jawatan Naib Presiden dimana tiga calon telah dipilih iaitu Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Syed Hamid Albar sebagai Naib Presiden.
Untuk jawatan Majlis Tertinggi Umno pula, Dato’ Sri Azalina Othman Said telah dipilih sebulat suara oleh bahagian ini untuk mengepakai 25 nama untuk jawatan tersebut. Antaranya, Datuk Seri Hj. Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Ahmad Said, Datuk Musa Aman, Datuk Noh Omar, Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Ir Mohamad Zain Mohamed, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, Datuk Shahril Samad, Datuk Zulhasnan Rafique, Datuk Ahmad Sabery Cheek, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Noraini Ahmad, Datuk Idris Harun, Datuk Seri Mahadzir Khalid, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Syed Ali Alhabshee, Datuk Azeez Abdul Rahim, Datuk Johari Baharum, Datuk Alwi Che Mat, Datuk Zainal Abidin Osman, Datuk Azian Osman dan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir. Azalina rasminya Ketua Umno Pengerang
Beliau yang sebelum itu dikatakan tidak berhasrat untuk merebut jawatan nombor satu dalam Umno Pengerang itu dan hanya menzahirkan keinginan untuk Naib Ketua Umno Pengerang sahaja terpaksa akur dengan desakan akar umbi yang mahukan beliau bertanding ke jawatan tersebut..
Kemenangan Azalina itu juga membuktikan bahawa masyarakat di Parlimen Pengerang sememangnya mahukan perubahan diperingkat pucuk pimpinan Umno bahagian itu dan mereka merialisasikan hasrat itu dengan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Dato Sri Azalina.







































November 10th, 2008 at 3:38 pm
saya meyokong 100 peratus cadangan omno untuk
rakyat malaysia dan memajukan lagi.
November 10th, 2008 at 3:39 pm
Syabas….saya sebagai generasi ke2 m’hrpkan perubahan di kwsn saya.
November 10th, 2008 at 3:43 pm
taniah…di atas kemenangan Dato azalina.
Semoga Dato azalina lebih sukses lagi dalam
kejaya yang diceburi `