Azalina Lancar Van Khidmat Bergerak Parlimen Pengerang
8 Nov, Air Tawar 5 - Dengan rasminya, bertempat di perkarangan pejabat Pusat Khidmat, Wakil Rakyat Parlimen Pengerang satu majlis perasmian dan penyerahan Van Khidmat Bergerak telah diadakan petang tadi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said merangkap Menteri Pelancongan.
Majlis perasmian tersebut merupakan satu bukti betapa besarnya komitmen yang ditunjukan oleh Azalina dalam usaha memajukan dan menangani setiap masalah yang dihadapi penduduk di parlimennya.
Pelancaran sebuah Van baru bagi keperluan Program Khidmat Bergerak yang dilancarkan secara rasminya ini juga dijangka mampu mencapai objektif penubuhannya sejak hampir empat tahun lalu.
Van baru yang lengkap seperti pejabat ‘mini’ sumbangan Dato’ Sri Azalina ini, adalah untuk menggantikan Van lama sebagai satu usaha untuk menaikkan taraf perkhidmatan yang lebih efektif kepada masyarakat.
Memandangkan Parlimen Pengerang terbahagi kepada 2 DUN iaitu Penawar dan Tanjung Surat dan DUN Tanjung Surat agak jauh dari pejabat parlimen Pengerang yang berada di Air Tawar 5, maka pusat khidmat bergerak di tubuhkan bagi memudahkan penduduk setempat.
Antara lain, ia juga bertujuan untuk mendekatkan ahli Parlimen dengan penduduk kampung serta memudahkan sebarang aduan di buat tanpa ada sebarang birokrasi.
Membolehkan penduduk mengajukan sebarang aduan dan permohonan surat sokongan serta masalah-masalah yang berkaitan.
Membantu penduduk untuk menyelesaikan sebarang masalah dan isu setempat.
Membuka peluang kepada penduduk untuk mengutarakan sebarang cadangan dan berusaha untuk menyelesaikan.
Memberikan maklumat yang terkini kepada penduduk tentang aktiviti dan program yang bakal dianjurkan oleh Pejabat Parlimen, agensi dan pihak-pihak yang berkaitan.
Bertujuan untuk merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan Ahli Parlimen Pengerang.
Pusat khidmat bergerak ini turut dilaksanakan dalam sistem aduan secara ‘online’ sistem yang di reka ini bertujuan untuk memastikan semua aduan yang di terima dapat di selesaikan secepat yang mungkin.
Bagi memastikan keberkesanan program ini, semua aduan yang di terima akan di berikan surat terima kasih dan maklumbalas mengenai status aduan yang di buat.
Semua aduan yang telah diproses pula akan di ketegori seperti berikut :
1. Dalam Proses (Aduan baru dan dalam proses untuk mengeluarkan surat ke mereka yang berkenaan)
2. Menunggu Maklumbalas (Setiap aduan atau pun permohonan yang telah dikeluarkan surat kepada mereka yang berkenaan dan dalam proses untuk menunggu maklumbalas)
3. KIV (Permohonan atau aduan yang tidak memberikan dokumen sokongan atau permohonan yang tidak lengkap)
4. Tutup (Aduan yang telah selesai)







































November 10th, 2008 at 3:47 pm
terima kasih di atas sumbangan dato Azalina
November 10th, 2008 at 3:48 pm
Saya sebagai warga parlimen m’hrpkan p’baharuan dr Dato’ Azalina.
November 10th, 2008 at 3:49 pm
Terima kasih di atas sumbangan Dato Azalina……………..
November 10th, 2008 at 3:50 pm
mohon usaha pihak berkenaan memajukan kampung saye..
November 10th, 2008 at 3:53 pm
saya juga mengharapkan tindakan drastik dari Dato’Seri terhadap
struktur jalan di zon pengerang.