Shahrizat kini mungkin tersepit - Azalina

Ketika diminta pandangannya, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Sri Azalina Othman Said berpendapat Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kini mungkin berada dalam keadaan tersepit.

Menurut Azalina, Sharizat kini mungkin tersepit antara pelan peralihan kuasa seperti yang pernah ditawarkan oleh Tan Sri Rafidah sebelum ini dan desakan dari akar umbi yang mahukan dia merebut jawatan nombor satu dalam pergerakan wanita itu.“Mungkin gara-gara lafaz janjinya yang mahu mengikuti pelan peralihan kuasa sepertimana yang dipersetujui bersama antara beliau dengan ketuanya Rafidah Aziz sebelum ini menyebabkan dia (Shahrizat) hilang punca .

“Dalam masa yang sama, Shahrizat juga terima tekanan dari akar umbi yang mahukan beliau bertanding jawatan nombor satu dalam wanita itu. Dan, desakkan itu dizahirkan melalui pencalonan bahagian,”ujar Azalina berkaitan bekas regunya itu.

Beliau berpendapat, mungkin menjadi antara sebab mengapa bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut sehingga kini masih gagal mengumumkan pendiriannya samada mahu bertanding merebut jawatan Ketua Wanita ataupun mengekalkan jawatan yang disandangnya sekarang.

Katanya, walaupun situasi yang dihadapi oleh Shahrizat sekarang ini, dia perlu membuat keputusan sama ada mahu bertanding Ketua Wanita atau sebaliknya. Kerana, keputusan tersebut akan memudahkan lagi diperingkat akar umbi membuat keputusan.

 

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

One Response to “Shahrizat kini mungkin tersepit - Azalina”

  1. comment  fazilah Says:

    Saya m’hrp Dato’ Sharizat dpt lbh b’sabar dlm m’hadapi dugaan.

Leave a Reply