Keputusan MT Suatu Yang Amat Menyedihkan - Azalina

Di KOTA TINGGI, Anggota MT Umno Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan keputusan MT menangguhkan Perhimpunan Agung parti sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.
Katanya pelbagai peringkat di bahagian telah membuat banyak persiapan bukan sahaja berkaitan pemilihan di bahagian tetapi juga yang melibatkan pencalonan anggota ke Perhimpunan Agung parti.
Bagaimanapun Menteri Pelancongan itu berkata keputusan yang diambil itu merupakan satu keputusan yang meletakkan kepentingan parti dan orang Melayu di atas.
“Apa objektif mengenai keputusan penangguhan semalam itu adalah di antara Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalan presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Keputusan akhirnya adalah di antara mereka berdua. Kita serahkan kepada kebijaksanaan mereka” katanya.





































