Azalina Mahu Persepsi Melayu ‘FOC’ Dikikis
28 September, Air Tawar 1 - Bertempat di perkarangan Masjid Felda Air Tawar 1, satu majlis yang dinamakan ‘Rahmat Ramadhan’ telah diadakan bagi memberikan sedikit sumbangan kepada warga Felda berupa ‘duit raya’ dan sumbangan ‘hamper’. Majlis yang dianjurkan oleh Felda dan kerjasama Pejabat Parlimen itu adalah bertujuan menghargai jasa peneroka dan penerokawati yang banyak membatu sektor pertanian di negara ini.
Majlis pada petang itu, telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang merangkap Meteri Pelancongan Malaysia. Sebelum majlis perasmian dimulakan satu ceramah agama telah disampaikan sesuai dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Azalina ketika menyampikan ucapan perasmiannya telah menekan peri pentingnya Melayu di negara ini terus bersama dengan kerajaan.
“Bangsa Melayu (Islam) di negara ini seharusnya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dilahirkan di negara ini. Berbanding dengan Melayu di negara lain, boleh dikatakan langsung tiada keistimewaan yang berikan kepad mereka.Sebagai contoh Melayu di Singapura, Indonesia, Thailand, Filiphina dan sebagainya.
“…hantar anak ke sekolah - FOC, permohonan tanah - FOC, atap rumah tercabut - FOC, lembu hilang - FOC…….
“Sekiranya sebelum bangsa lain mengelarkan Melayu sebagai bangsa subsidi, namun kini ia lebih sesuai di kenali sebagai bangsa ‘FOC’ (Free Of Charge). Ini kerana tabiat yang suka meminta-minta lama kelamaan boleh mengakibatkan kemusnahan bangsa itu sendiri.” Katanya.
Azalina mengesa golongan peneroka Felda supaya memikirkan semasak-masaknya sebelum memilih pembangkang.
Beliau yang menyelarkan cadangan pembangkang (Melayu) terutamanya mereka yang berada di dalam Pas dan PKR kerana mencadangkan untuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) seandainya berjaya membentuk kerajaan. Ini kerana kewujudan Felda di negara ini adalah hasil dari kewujudan DEB di negara ini.
Seandainya DEB dimansuhkan, adalah tidak mustahil Felda juga bakal terkubur kerana hak keistimewaan orang Melayu akan hilang sama sekali. Oleh yang demikian Felda yang diwujudkan atas dasar untuk membantu masyarakat Melayu luar bandar seharusnya dipertahankan.






































