Berbuka Puasa bersama penduduk Semenchu

Felda Semenchu, 13 Sept - YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri Pelancongan telah berkesempatan untuk menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan oleh penduduk kampung Felda Semenchu.
Majlis yang diadakan pada petang telah dihadiri oleh Ketua Kampung, Pengerusi Masjid, kepimpinan kampong, Pengurus Felda dan masyarakat setempat Semenchu. Tidak ketinggalan para pegawai dari Pejabat Menteri Pelancongan dan Pejabat Parlimen serta sukarelawan Parlimen Pengerang juga turut hadir untuk memeriahkan aturcara majlis.
Di dalam majlis yang diadakan itu, Azalina menegaskan betapa pentingnya umat Melayu untuk berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO.
Di dalam ucapannya itu, Azalina turut mempertahankan tindakan yang diambil oleh Majlis Tertinggi untuk mengantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail. Ini kerana tindakan yang diambil itu bukanlah satu tindakan yang mudah tetapi bagi menjamin keamaan dan ketenteram negara.
Program yang diadakan itu bukan sekadar untuk berbuka puasa sahaja, tetapi turut diserikan dengan solat Maghrib, Isya dan Terawih berjemaah.
Selain beribadat, program yang dianjurkan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli UMNO dan para penduduk setempat.





































