Keluarga Pengerang kurang bernasib baik dikenal pasti
Kota Tinggi, 10 Sept - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman memberi jaminan akan mengenal pasti setiap keluarga kurang bernasib baik di kawasan itu untuk diberi bantuan dan perhatian sewajarnya.
Katanya, langkah itu penting kerana masih ramai penduduk Pengerang dari dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar dan DUN Tanjung Surat yang didapati berpendapatan rendah, miskin dan orang kurang upaya untuk diberikan bantuan itu.
Menteri Pelancongan itu berkata,selepas mereka dikenalpasti, banyak peluang dan ruang bantuan boleh disalurkan menerusi agensi, jabatan dan badan kerajaan bagi meringankan beban golongan tersebut.
“Bantuan yang dihulurkan adalah berdasarkan keperluan individu terbabit termasuk dari segi kewangan, keperluan perubatan dan sara hidup.
“kita akan cuba dapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) serta agensi-egensi berkaitan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas melawat pesakit kanser leher, Mohd. Said Abdullah, 69, di Kampung Baru Teluk Ramunia, Disini hari ini
Pada lawatan itu, Azalina ditemani seorang dermawan, Puan Sri Syarifah Sabrina Syed Agil yang menghulurkan bantuan kewangan bagi membantu kos rawatan dan perubatan pembedahan kanser itu, disebuah hospital di Johor Bahru.
Azalina berkata, Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap masalah-masalah rakyat dan akan merujuk kes-kes mereka ke pihak berkaitan dengan segera.
“Soal menambah kegiatan ekonomi khususnya di kawasan DUN Tanjung Surat yang rata-rata penduduknya masih di paras kemiskinan turut diberikan perhatian dengan memberi peluang kepada mereka termasuk di bidang pertanian, ternakan dan perniagaan,” katanya.
Sebagai penyelesaian, kata Azalina, lazimnya isu-isu atau kes-kes terbabit dirujuk ke peringkat daerah atau kerajaan negeri dan jika peringkat itu tidak selesai maka baru ia dikemukakan ke kerajaan pusat.
Menurutnya, bagi melaksanakan tugas-tugas itu pihaknya telah melantik beberapa pegawai untuk menyusur ke setiap pelusuk kampong pedalaman bagi mengenal pasti golongan memerlukan dan memastikan mereka tidak tertinggal arus pembangunan.
“Ini memang janji dan jadi prinsip saya sebaik dipilih sebagai wakil rakyat dimana kita kena mencari dan mengunjungi mereka walau di mana jua mereka berada.
“Saya yakin dengan cara memenangi hati rakyat,mereka akan merasa yakin dan menjadikan UMNO terus relevan dan menjadi satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu dalam erti kata sebenar.” katanya.







































September 13th, 2008 at 6:07 pm
Bravo Dato.Mcmnielah Ahli Parlimen yg membela nasib rakyat.kami anak muda pengerang suka benar dan bagus juga dato bt ’satu kg satu projek ekonomi’.Biarlah Dato beri joran untuk memancing bkn dato beri ikan nanti kami hanya tau mintak ikan tapi xtau nak cari ikan sendiri.
~Anak Linting~
logocayalah.blogspot.com
November 4th, 2008 at 6:49 pm
salam dato’,
i’m a big fan of yours since skolah lagi.. i like ur style..