Walaupun berpuasa, Azalina Tetap Tiada Erti Penat

azalina-duduk

8 September, Kampung Lepau - Tengahari melawat rumah mangsa-mangsa ribut di gugusan Adela, kemudian ke Bandar Penawar untuk melawat pejabat baru bagi Pusat Khidmat, Parlimen Pengerang. Kemudian ke Sungai Rengit untuk mengagihkan bubur lambuk seterusnya melakukan lawatan ke Bazaar Ramadhan di Sungai Rengit.

Sejurus selepas itu, terus ke kampung Lepau untuk berbuka puasa bersama-sama penduduk kampung. Dan bersolat magrib, Isyak serta berterawih dengan masyarakat kampung Lepau. Penutup, bertolak ke kampung Teluk Empang untuk ber‘more’ dengan masyarakat dan penduduk kampung di sana.

Tidak cukup dengan itu, sebaik sahaja menghadiri semua program tersebut pada sebelah malam pula bergegas pulang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri program di sana.

Berikut adalah jadual YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang ketika mengadakan lawatan ke kawasan semalam. Bagi segelintir orang, bulan puasa adalah waktu untuk mengurangkan jadual kerja kerana keletihan berpuasa akan menyukarkan mereka memberikan khidmat kepada masyarakat.

Namun Azalina merasakan ia bukanlah alasan untuk mengurangkan aktiviti dan jadual kerjanya. Walaupun berpuasa dan keadaan cuaca yang panas, itu bukanlah penghalang untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat.

Ini kerana bagi sesetengah orang jawatan sebagai wakil rakyat adalah satu tugas untuk meraih publisiti dan glamor. Namun tidak bagi Azalina, selagi termampu beliau akan berusaha untuk memastikan amanah dan tanggungjawabnya sebagai ahli Parlimen terlaksana.

Azalina sedar tugas sebagai ahli Parlimen merangkap Menteri Pelancongan akan mengurangkan masanya untuk berjumpa dengan masyarakat Pengerang. Oleh itu, kesempatan untuk pulang ke kawasan pada setiap hujung minggu pasti akan digunakan sebaik mungkin.

Walaupun tugas sebagai menteri kabinet padat dan sentiasa sibuk dengan pelbagai aturcara dan program, ia tidak pernah menghalangnya untuk berkhidmat dan terus berkhidmat dalam memberikan yang terbaik buat mereka di Parlimen Pengerang.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply