Walaupun berpuasa Azalina Tetap Melawat Mangsa Ribut
7 September, Gugusan Adela - Cuaca Panas di bulan Ramdhan tidak menghalang YB Dato’ Seri Azalina Othman Said untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Pengerang. Dengan keadaan cuaca yang agak panas semalam, Azalina telah mengadakan seisi lawatan ke rumah-rumah mangsa ribut yang melanda Pengerang baru-baru ini.
Walaupun peruntukan untuk membaik-pulih rumah telah diberikan, namun Azalina yang terkenal dengan sifat prihatinnya tetap mahu berjumpa sendiri dengan mangsa bagi mendengar masalah yang dihadapi mereka. Tambahan pula sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, keadaan rumah yang elok amat penting bagi mengelakkan sambutan itu hilang kemeriahannya.
Mangsa ribut, ternyata terkejut dengan kehadiran Azalina ke rumah mereka. Ini kerana tidak cukup dengan bantuan dan peruntukkan yang diberikan, Azalina tetap turun bagi meninjau masalah mereka.
Inilah contoh tauladan serta sikap keprihatinan yang ada di dalam diri Azalina. Sewajarnya ia menjadi contoh kepada ahli-ahli parlimen yang lain. Bermula dari jam 3.00 petang, Azalina telah melawat dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain.
Setelah berpuas hati, Azalina telah pergi Bandar Penawar untuk melihat tapak untuk pejabat Parlimen Pengerang yang baru. Pihak kami dimaklumkan pejabat baru ini bertujuan untuk melincin dan memudahkan lagi tugas beliau sebagai Ahli Parlimen.
Kewujudan pejabat ini Bnadar Penawar dilihat lebih menyeluruh dan berkesan kerana Bandar Penawar adalah pusat pentadbiran daerah kecil Pengerang.







































September 10th, 2008 at 10:56 am
Menekankan bahawa pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan
rakyat dan juga pemimpin setempat yang seterusnya mewujudkan perkongsian bestari demi
kemajuan kampung
Dimana jatuh bangunnya pengerang adalah tanggungjawab bersama…