Thailand Pasukan Pertama Menempah Tempat Di Suku Akhir

Pemain Filiphina, Wilson (jersi biru) sedang berusaha untuk merampas bola pemain Thailand\'s, Pitipong Kuldilok (jersi putih)

28 Ogos, Desaru - Pasukan Thailland menjadi pasukan yang pertama menempah tempat ke peringkat suku akhir apabila menewaskan pasukan dari Filipina 8-4 di dalam kejohanan bola sepak pantai, Piala Raja Muda Johor di Desaru petang tadi.

Thailand yang telah memenangi ketiga-tiga perlawanan di dalam pasukan B sebelum ini, akan menentang pasukan Laos esok bagi membolehkan mereka mengondol Juara Kumpulan.

Pasukan Thailand yang memperolehi gol awal melalui Prata Mansiri telah dikejutkan dengan gol penyamaan yang di jaringkan oleh Ricardo Batayola yang mengikat mata 1-1 di separuh masa pertama.

Di minit ke-15, pasukan Thailand sekali lagi dikejutkan dengan rembatan kencang dari Roel Jimena Gener bagi menjarakkan mata 2-1. Namun begitu kegembiraan Filipina tidak bertahan lama apabila beberapa minit kemudian, Thailand bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui Pitipong Kuldillok.

Umpama gajah yang dikejutkan dari tidur, kemaraan Pitipong seakan gagal di sekat pasukan lawan apabila menyumbat 3 gol lagi untuk pasukan Thailand. Pesta gol dari pasukan Thailand diteruskan oleh kapten pasukan Saneh Lunkaew, Sarif Sainui dan Ponsak Khongkeaw yang masing-masing menyumbangkan satu gol.

Baki gol untuk pasukan Filipina telah dijaringkan oleh Ronel Jemena Gener and Meliton Calivarra Pelayo.

Jurulatih pasukan Thailand Pongsathorn Pempanish, 49 berkata anak buahnya tidak menunjukkan kemampuan mereka yang sebenar apabila pilihan pertama mereka di rehatkan untuk berdepan dengan perlawanan separuh akhir Sabtu ini.

“Pilihan pertama saya terpaksa direhatkan buat sementara waktu, kerana telah berhempas pulas di dalam perlawanan ketika menentang Myanmar dan Brunei sebelum ini. Di awal rentak para pemain seolah-olah terperangkap dengan corak bertahan yang dipamerkan oleh pasukan lawan. Namun begitu para pemain bertindak bijak mengatur serangan bagi memastikan kemenangan untuk kami” katanya.

Pongsathorn turut melahirkan keyakinan untuk menewaskan pasukan dari Laos di dalam perlawanan terakhir mereka nanti.

Jurulatih Thailand itu yang sedang dalam persedian untuk membawa cabaran pasukannya di 1st Asian Beach Games di Bali Oktober ini, turut meramalkan pasukan dari Malaysia dan Indonesia bakal layak ke suku akhir untuk kumpulan A.

“Saya merasakan Malaysia mempunyai peluang cerah untuk ke suku akhir berbanding Vietnam esok namun terpaksa mengalahkan Indonesia di sebelah petang untuk memastikan tempat sebagai Juara Kumpulan A” katanya lagi.

Di perlawanan terakhir petang tadi, pasukan dari Laos turut mengikuti jejak Thailand untukmenempah tiket ke suku akhir setelah menewaskan Myanmar 3-1. Ini adalah merupakan kemenangan yang ketiga buat Laos apabila berjaya mengalahkan Filiphina 2-1 di perlawanan pembukaan Selasa lepas dan diikuti dengan Brunei 7-3 keesokkan harinya.

Keputusan yang membawa kepada kemenangan Thailand sebagai Juara Kumpulan B Thailand\'s jersi 10 (Prata Mansiri) dan Filipina jersi no 4 (Wison Cruz).

Keputusan Perlawanan Hari Ini :

Group A: Myanmar 6 Brunei 2, Thailand 8 Philippines 4.

Group B: Vietnam 10 Timor Leste 0, Laos 3 Myanmar 1.

Jadual Perlawanan Esok:

Vietnam vs Malaysia (10pagi), Filiphina vs Brunei (2.0 petang), Thailand vs Laos (3.15petang), Malaysia vs Indonesia (4.30petang).

Untuk ke galeri - Sila Klik

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply