Sukarelawan Pengerang Dirai Dalam Satu Majlis Santai

sukarelawan-barbeque

24 Ogos, Kampung Punggai - Sebagai mengenang jasa yang telah diberikan oleh semua anggota sukarelawan P157 di dalam membantu tugas-tugas beliau sebagai ahli parlimen, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said telah bermurah hati meraikan mereka di dalam satu majlis santai yang diadakan malam tadi.

Bertempat di kediaman Puan Seri Syarifah Sabrina Al-Habsyee, satu majlis ramah mesra telah diadakan bagi membolehkan beliau mengenali sendiri mereka-mereka yang banyak memberikan bantuan kepada beliau selama ini.

Lebih-lebih lagi ketika pilihanraya umum yang lalu, anggota sukarelawan telah berhempas pulas dalam memastikan kemenangan calon Barisan Nasional di DUN Tanjung Surat dan DUN Penawar.

Walaupun beliau telah memenangi kerusi parlimen Pengerang tanpa bertanding, Dato’ Sri Azalina tetap berada di kawasan Pengerang untuk membantu jentera pilihanraya UMNO Pengerang.

Anggota sukarelawan parlimen Pengerang juga adalah mereka yang bertangungjawab dalam membantu beliau menyalurkan pelbagai bantuan seperti hamper, kuih raya, bantuan bulanan, keperluan harian dan sebagainya. Hanya dengan satu arahan, semua tugas yang diberikan akan dilaksanakan dengan penuh amanah dan dedikasi.

Lantaran itu, selaku ahli parlimen Pengerang merangkap Menteri Pelancongan adalah wajar untuk beliau mendekati dengan mengenali mereka-mereka ini dengan lebih dekat lagi.

Acara yang diadakan pada malam itu, telah berlangsung dengan penuh santai dan ringkas serta meninggalkan kesan yang mendalam di hati mereka. Perasaan gembira, terharu, bangga saling bercampur bauh kerana kesudian ahli parlimen menganjurkan majlis tersebut.

Sebagai tanda terima kasih, mereka yang mempunyai kebolehan untuk menyanyi telah menyumbangkan beberapa buah lagu khusus untuk ahli parlimen yang mereka cintai itu.

Majlis pada malam itu berakhir kira-kira jam 11.00 malam.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply