Pesakit Cancer Terharu Dengan Kehadiran Azalina
24 Ogos, Kg Baru Ghani Othman - Hasil maklumat yang di berikan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri Pelancongan telah mengadakan lawatan untuk meninjau keadaan seorang pasakit cancer di Kampung Baru Ghani Othman. Pesakit yang di kenali sebagai Pak Hamzah itu dilaporkan menghidap penyakit kanser dan komplikasi peti suara akibat dari ketumbuhan.
Tanpa sebarang jemputan rasmi dan protkol, kehadiran Azalina di rumah pesakit berkenaan telah membuatkan mereka sekelaurga terharu. Sebagai wakil rakyat, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan mereka yang berada di dalam kawasannya terbela dan di berikan perhatian yang sewajarnya.
Melihat keadaan Pak Hamzah yang memerlukan bantuan, Azalina berkata beliau akan berusaha untuk memberikan sokongan bagi membolehkan rawatan ke atas beliau dipercepatkan. Beliau juga akan berusaha untuk memastikan peruntukan kepada Pak Hamzah dapat diberikan melalui bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kira-kira 1 jam telah diluangkan di rumah tersebut bagi mendengar rintihan dari pesakit tersebut. Di kesempatan itu, Azalina turut memberikan kata-kata peransang kepada Pak Hamzah agar terus tabah dan banyakkan bersabar dalam menghadapi dugaan ini.
Pak Hamzah ketika di temui berkata, kesudian Azalina melawat dan memberikan kata-kata semangat kepada beliau telah menguatkan semangat beliau untuk kuat dan melawan penyakit yang dihadapi.
Ketika mahu beredar, Azalina telah dijemput untuk menghadiri satu kenduri kahwin di kampung tersebut yang secara kebetulan diadakan tidak jauh rumah Pak Hamzah. Untuk tidak menghampakan permintaan mereka yang menjemput, Azalina sekali lagi meluangkan sedikit masa untuk menghadiri kenduri tersebut.
Walaupun majlis tersebut tiada di dalam jadual, kesudian Azalina untuk hadir kbenar-benar telah meninggalkan seribu kenangan manis buat pasangan mempelai.
Untuk ke Galeri Gambar - Sila Klik







































September 5th, 2008 at 8:40 am
Assalamuallaikum dan salam sejahtera…
Terima kasih YB.DATO SERI AZALINA atas keperhatinan dan kerjasama yang diberikan.
selamat berpuasa..