Hujan Juga Berhenti Tanda Mengalukan Menteri – Tok Hassaan
24 Ogos, Felda Tunggal - Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke-51, Felda Tunggal telah mengadakan Program Hari Keluarga untuk semua golongan peneroka. Majlis sambutan selama 3 hari itu telah bermula pada 22 Ogos dan di penuhi dengan pelbagai program khusus untuk generasi muda dan masyarakat bagi menghayati erti kemerdekaan negara.
Di mulai dengan program penyerahan anak angkat, program tersebut bakal di sudahi dengan gotong-royong membersih kawasan sekitar pada ahad ini. Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said itu turut di sertai oleh Ketua Kampung Felda Tunggal, Tuan Haji Hassan Ismail.
Ketua Kampung ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Dato’ Sri Azalina untuk hadir merasmikan program yang diadakan itu.
“Pengorbanan dan usaha yang berterusan oleh YB Menteri telah membantu golongan peneroka dan anak-anak Felda untuk meningkatkan taraf hidup.
“Kami juga selaku warga peneroka di kawasan Pengerang bersedia untuk menerima seorang wanita sebagai ketua bahagian dan kepimpinan yang bakal di corakkan.
Ketika menyampaikan ucapan tersebut, Tok Hassan juga sempat berseloroh dengan para tetamu yang hadir.
“Kehadiran YB Dato’ Sri seolah-olah satu rahmat dari Allah S.W.T, ini terbukti apabila hujan yang bermula seawal pagi itu turut berhenti seolah-olah mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ Sri ke Felda Tunggal” ujarnya lagi.







































August 27th, 2008 at 7:46 am
Assalamualaikum..
Azalina yang juga Naib Ketua bahagian menjadi menteri pertama memenangi jawatan ketua UMNO bahagian tanpa bertanding,
sekali gus mencatat sejarah tersendiri dalam kerjaya politiknya,kami masyarakat kampung disini sedia memberi sokongan kepada
Dato’Seri… caya lah dato!!!
August 27th, 2008 at 8:12 am
kemenangan Dato’seri Azalina memberi petunjuk jelas bahawa beliau diterima baik oleh
masyarakat Pengerang baik selaku wakil rakyat mahupun sebagai pemimpin UMNO.Hakikat itu
dapat dibuktikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) KE-11 DAN PRU-12 pada Mac lalu apabila
beliau menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pengerang..
Dengan sikap keprihatinan dato terhadap rakyat dan tidak jemu turun padang membuatkan
rakyat rasa sayang dengan wakil rakyat seperti Dato’Seri…..
August 27th, 2008 at 8:32 am
Politik bukan lah sandiwara atau permainan dalam sesebuah parti tetapi tugas hakiki seorang
wakil rakyat seharusnya berkhidmat untuk rakyat dan bukannya demi kepentingan peribadi.