Pengalaman di Permatang Pauh Sungguh Mengerikan

md-salleh

19 Ogos, Pengerang - Kira-kira 40 orang dari Parlimen Pengerang telah hadir di Pematang Pauh untuk memberikan sokongan moral kepada calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah semasa hari penamaan calon Sabtu lalu.

Mereka yang hadir pada pagi itu merasakan seolah-olah berada di tengah-tengah medan peperangan apabila melihat penyokong Keadilan dan Pas yang penuh beremosi dan melampau.

Mereka bukan sahaja telah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista kepada penyokong Barisan Nasional yang lalu, tetapi juga memprovokasi para wartawan. Tindakan tidak bertamadun mereka ini bukan sahaja boleh menaikkan kemarahan tetapi sekaligus mampu mencetuskan pergaduhan

Md Saleh Md Nor, 57 adalah salah seorang mereka yang hadir berkata, dia menyaksikan sendiri bagaimana makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang agak berumur memaki hamun penyokong Barisan Nasional yang menuju ke tempat penamaan calon.

“Saya menjadi gerun dan takut, apabila mereka yang sebaya dengan ibu dan bapa saya ini memaki hamun kami yang memakai lambang Barisan Nasional.

“Walaupun kami hanya membalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih, mereka tetap dengan kata-kata nista bagi menaikan kemarahan kami. Atas faktor keselamatan kami terpaksa menanggalkan semua lambang Barisan Nasional bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini” katanya.

Azmee Khan Amzah, 42 pula berkata dia dan 4 rakan yang lain terpaksa pergi ke gerai yang berhampiran untuk membeli kopiah. Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka dari di apa-apakan oleh penyokong pembangkang yang kelihatan seperti tidak dapat mengawal diri.

“Sepanjang pengalaman saya membantu jentera Barisan Nasional semasa pilihanraya, pengalaman ini adalah yang paling menakutkan dan mengerikan.

“Dengan pengalaman ini saya dan rakan akan memastikan pembangkang tidak bertapak di bumi Pengerang. Pengalaman di Permatang Pauh ini, cukup mengajar kami untuk bersyukur kerana situasi seperti itu tidak pernah berlaku di Pengerang” ujarnya lagi.

Yang paling menyedihkan apabila melihat Melayu sesama sendiri bergaduh hanya kerana berbeza ideologi politik. Sedangkan bangsa lain walaupun berada di dalam kem pembangkang hanya melihat dan tersenyum. Inilah nasib orang Melayu. Menang sorang kampung tergadai.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

3 Responses to “Pengalaman di Permatang Pauh Sungguh Mengerikan”

  1. comment  Shahrul AlFitri Says:

    Banyak kerja lain yang boleh dibuat di Pengerang, yang kamu pergi serah tengkuk ke Permatang Pauh tu buat apa?

    Kita kena buat kawasan contoh untuk bawa mereka balik ke jalan UMNO dan Azalina serta rakan-rakan kenalah “fine tune” kan UMNO… Sekarang ni UMNO rapuh lah… Bukan salah rakyat, salah pemimpin yang di(salah)pilih oleh rakyat.

    Kalau tak percaya tanya Sifu Harun Tanjung Langsat…

  2. comment  warga Says:

    berterima kasih pada warga parlimen pengerang diatas sokongan dan kesungguhan dalam melibat kan diri,walaupun bermacam-macam rintangan di harungi… syabas…

  3. comment  anis Says:

    menyedihkan apabila melihat Melayu sesama sendiri bergaduh hanya kerana berbeza ideologi politik. Sedangkan bangsa lain walaupun berada di dalam kem pembangkang hanya melihat dan tersenyum. Inilah nasib orang Melayu. Menang sorang kampung tergadai

    Tanye Sifu Harun xde maknanya,rasenya xde fungsi ape2 pun.. Dato Azalina sebagai menteri wajar menyokong BN di Permatang pauh,xsemestinya hanya di pengerang..itu baru pemimpin yang bertanggunghjawab turun padang menyokong, rakyat sendiri boleh menilai
    nya..jangan tahu nak memberontak @ rusuh-rusuh sahaja!!!!!

Leave a Reply