Penganjuran Desaru Triathlon Yang Terbaik

aaron-farlow

pete-jacobs

18 Ogos, Desaru - Penganjuran Desaru Triathlon musim ini di lihat sebagai yang terbaik sekali gus meletakkan nama Johor sebagai destinasi untuk sukan lasak yang mencabar. Perkara ini di akui oleh Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor, A Jabar Md Tahir.

Beliau yang ditemui turut berkata “bukan mudah melihat saingan sengit tercetus antara triatlit profesional yang jelas mahu beraksi di Desaru kerana sukan triatlon yang diadakan tampak sukar selain memiliki laluan berliku.

“Apa yang menarik berhubung kehadiran triatlit profesional ini, mereka sanggup datang tanpa dikenakan sebarang bayaran berbanding sukan triatlon lain dan ini membuktikan Desaru-Pengerang International Triathlon memiliki karisma tersendiri,” katanya.

Penganjuran kali ini juga melihatkan penyertaan beberapa triatlit bertaraf profesional. Saingan sengit yang ditempuh oleh para peserta sememangnya mencetus kehebatan Desaru-Pengerang International Triathlon yang pasti mampu dilabel pertandingan sukan lasak bertaraf dunia.

Kejohanan yang dianjurkan pada kali ini telah mengundang rasa kecewa kepada juara bertahan Pete Jacobs (gambar) pemburuannya muncul juara buat kali ketiga terlepas kepada Aaron Farlow (gambar) yang dinobatkan juara Desaru-Pengerang International Long Distance dan Sprint 2008 edisi ke-13 yang berakhir semalam.

Meskipun di awal saingan tatkala menempuh renangan sejauh dua kilometer, Jacobs dari Australia terlebih dahulu berada di depan namun dalam disiplin berbasikal, rakan senegaranya, Farlow mengorak kayuhan bertenaga apabila memintas untuk mendahuluinya sehingga ke garisan penamat.

Dalam saingan terakhir acara sprint yang membabit tiga disiplin, berenang 500 meter, berbasikal 18km dan berlari tiga kilometer, dua trialit negara, Yeo Jin Rong dan Irene Chong mendominasi kategori lelaki serta wanita bawah umur 20 tahun.

Kategori lelaki umur 21 hingga 39 tahun, triatlit Hong Kong, Jason Hsieh muncul juara manakala ‘orang lama’ dalam sukan triatlon, Mohd Razani Hussain mengekal kejuaraan dua tahun lalu bagi umur 40 tahun ke atas.

Triatlit wanita dari Sarawak, Robika Gasing yang gagal menamatkan saingan Long Distance selepas mengalami cirit-birit kelmarin menebus kehampaan apabila muncul juara kategori umur 21 hingga 34 tahun. Sim Siew Yee dari Singapura muncul juara 35 tahun ke atas.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply