Azalina turut berkempen untuk calon BN di Permatang Pauh

pilihanraya-permatang-pauh

17 Ogos, Permatang Pauh - Kira-kira 10,000 ribu orang penyokong Barisan Nasional telah hadir untuk memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya itu akan ditandingi oleh Datuk Arif Shah Omar Shah (BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Proses penamaan calon pilihan raya itu diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini pagi ini

Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Kawasan Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said, merangkap Menteri Pelancongan Malaysia turut hadir untuk memberikan sokongan moral bagi memastikan kemenangan calon BN.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Para penyokong yang membawa bendera dan sepanduk berhimpun seawal jam 6.30 pagi di luar institut itu sebelum dibenarkan masuk pada pukul 8.15 pagi ke padang berhampiran Dewan Aminuddin Baki, tempat berlangsung proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini.

Pengumuman yang dibuat oleh SPR ketika mengumukan senarai calon yang bertanding pagi tadi, menandakan bermulanya proses berkempen sebelum berakhir pada jam 12.00 malam pada 25 Ogos ini.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply