RM200,000 program ‘Homestay’ setiap Parlimen
TAIPING, 9 Ogos - Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi setiap kawasan Parlimen dan RM50,000 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membangunkan program homestay di seluruh negara pada tahun ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dengan peruntukan sebanyak itu, kerajaan berharap setiap kawasan Parlimen dan DUN mempunyai program homestay kerana ia mendapat sambutan menggalakkan terutamanya di kalangan pelancong Jepun dan Korea.
Pada masa sama ujarnya, program itu juga dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar dan menggiatkan industri pelancongan negara kerana pelancong luar akan datang semula ke negara ini untuk bertemu keluarga angkat masing-masing.
”Saya telah arah Kementerian Pelancongan mengeluarkan surat tawaran tersebut untuk melaksanakan program itu di kawasan DUN.
”Dengan itu, saya meminta wakil rakyat supaya mengambil kesempatan atas tawaran ini bagi menjadikan program homestay sebagai satu produk di kawasan kita dan surat tawaran ini akan sampai ke pejabat wakil rakyat tidak lama lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Jom Makan Durian 2008 di Dataran Bukit Gantang dekat sini hari ini, yang mendapat sambutan daripada lebih 5,000 pengunjung.
Sebanyak 30,000 biji durian, rambutan dan manggis disediakan pada pesta tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali dan Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Perak, Datuk Mat Isa Ismail.
Ditanya sama ada peruntukan tersebut turut melibatkan Ahli Parlimen dan ADUN dari parti pembangkang, beliau berkata, ia untuk semua.







































August 11th, 2008 at 2:39 am
kebanyakan felda mahu m engadakan home stay tapi modal yang untuk mencukupi bagi mengerakkan program tersebut
August 14th, 2008 at 4:34 am
Dikawasan saya masih belum diberi pendedahan tentang cara untuk mengurus homestay dan tiada modal yang mencukupi,memandangkan sekarang ini harga barang semuanya dah naik hendak menampung perbelanjaan seharian pun tidak mencukupi.
August 16th, 2008 at 11:21 am
LOKASI:NO.3 TAMAN MERGONG JAYA 2, ALOR STAR
KEMUDAHAN:
*3 BILIK TIDUR BERHAWA DINGIN
*2 BILIK AIR
*RUANG TAMU DAN RUANG MAKAN YANG SELESA
*LENGKAP PERALATAN MEMASAK
*PETI SEJUK
*TELEVISYEN
*RUANG PARKING YANG SELESA
KEMUDAHAN SAMPINGAN:
*2 MINIT BERJALAN KAKI KE PASARAYA TESCO
*3 MINIT DARI TERMINAL BAS SHAHAB PERDANA
*5 MINIT KE PUSAT BANDAR
*10 MINIT DARI TOL A.STAR SELATAN/UTARA
*13 MINIT KE JETI LANGKAWI(KUALA KEDAH)
*BERDEKATAN DENGAN MEDAN SELERA
HUBUNGI:MARZUKHI AHMAD;019-4807167/019-4527167
:EMAIL; mhs_collection@yahoo.com
harga dari serendah rm 50 semalam
August 21st, 2008 at 2:48 am
Rakyat perlu pendedahan tentang “homestay”. Banyak rumah di jajahan Pengerang yang boleh ikut program mendatangkan hasil ini. Mula-mula ajak orang kampung ke balai raya dan buat penerangan. Bantu mereka dengan latihan pengurusan. Beri modal kepada yang amat perlu sahaja.
Balairaya yang cantik molek tu sepi tanpa program!!! Semasa tahun 70-80an dulu balai raya ada macam-macam aktiviti. Bukannya suruh buat “homestay” dalam balairaya… Buat penerangan agar orang kampung faham. Kamu ingat senang nak beri orang tinggal kat rumah kita sesuka hati.
Pengerang (hujung tanjung-bukan di sempadan Kota Tinggi) sesuai untuk “homestay” sebab setiap minggu ada pelancong Singapura masuk dan setiap 6 bulan ada “recruit passing out parade” begitu juga setiap kali ada majlis perkahwinan… ALAH EMAK KAHWINKAN AKU……