1 bubar, 3 di minta mesyuarat semula

nizam-ali

Pengerang, 8 Ogos - UMNO Bahagian Pengerang yang sebelum ini mempunyai 33 cawangan kini hanya tinggal 32 cawangan berikutan UMNO Cawangan Kilang Sawit Sening dibubarkan kerana ketiadaan ahli.

Selain dari itu, sebanyak tiga cawangan UMNO Bahagian Pengerang di minta mengadakan mesyuarat semula berikutan tidak mematuhi peraturan termasuk tidak mencukupi korum.

Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Nizam Ali berkata, cawangan terbabit adalah Bandar Penawar, Felda Air Tawar Empat dan Felda Air Tawar Lima.

”UMNO cawangan Bandar Penawar yang di ketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Pengerang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abbdullah terpaksa ditangguhkan berikutan tidak cukup korum.

”Cawangan yang diketuai oleh Harun itu mempunyai 800 ahli, tetapi yang hadir pada mesyuarat yang diadakan pada malam Sabtu itu hanya 125 ahli,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang hampir pasti di menangi tanpa bertanding oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berikutan penyandangnya, Harun hanya memperoleh empat pencalonan hingga kelmarin.

Nizam berkata, Azalina yang juga Menteri Pelancongan telah mendapat 25 pencalonan dan hanya memerlukan satu pencalonan lagi untuk merampas jawatan itu daripada Harun.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

3 Responses to “1 bubar, 3 di minta mesyuarat semula”

  1. comment  setia Says:

    Sekiranya Datuk harun kalah adakah YB.Datuk Azalina menerima YB.Datuk Harun menjadi timbalan beliau

  2. comment  Anak linting Says:

    Salam,

    Kpd yg berhormat Dato Azalina,kalau dah menang tu jgn lupa tingkatkan ekonomi Dun Tg Surat.Pada pegawai2 dato fikir2 n bantu tingkatkan ekonomi penduduk sekitar sini sbb korang lar jd mata dan telinga dato.Fikir n cari jalan altenatif bantu penduduk akan nak bawak TV3 plak baru nak bertindak.nanti malu besar dato!!!

  3. comment  Shahrul AlFitri Says:

    Tahniah Azalina, aku dan keluarga sokong tok wakil yang bekerja sama dengan rakyat. Harun cukuplah, kamu pun dah tak rajin jenguk rakyat. Aku tak nampak pun batang hidung Harun di Sungai Kapal di hari mengundi. Azalina cari timbalan baru yang bertenaga.

Leave a Reply