Kelab Twister wajar di contohi

Bella ketika melakukan seisi lawatan

4 Ogos, Pasak - Kelab Bermotor Twister telah berjaya mengorak setapak lagi apabila berjaya membuka sebuah bengkel automobil kelab untuk kegunaan para ahli mereka yang mendaftar. Perasmian kelab bermotor tersebut telah di sempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Ahli parlimen Pengerang, Syed Ben Bella Al-Habsyee semalam.

Majlis yang diadakan semalam telah di mulakan pada jam 12.30 petang. Antara mereka yang hadir sama di dalam majlis tersebut ialah, Pengurus Felda Adela, Tuan Haji Tukeemin b. Satam.

Kelab yang berdaftar pada Jun 2004 ini adalah merupakan salah sebuah kelab yang bergabung di bawah Kelab Bermotor Pengerang. Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk menghasilkan ahli-ahli kelab ‘junior’ dan ’senior’ di seluruh kawasan parlimen di negeri Johor.

Ia juga bertujuan untuk bekerjasama dengan mana-mana kelab, kementerian, atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti-aktiviti sosial, ekonomi, keusahawanan, pelancongan, kemasyarakatan dan sebagainya.

Pihak kami telah di maklumkan, sebelum ini kelab bermotor Twister telah berjaya membuka perusahaan ayam kampung, barangan cenderahati, minyak enjin dan banyak lagi yang diusahakan oleh ahli-ahli kelab.

Syed Ben Bella di dalam ucapan perasmianya melahirkan rasa kagumnya di atas semangat dan iltizam yang ditunjukan oleh kelab tersebut.

“Generasi muda kawasan Pengerang seharusnya mencontohi semangat yang ditunjukkan oleh kelab Twister dalam membangunkan industri dan ekonomi anak muda di kampung” katanya.

“Mereka telah membuktikan sebagai generasi muda adalah menjadi tanggungjawab mereka untukbersama-sama dengan kerajaan dalam membendung gejala kurang sihat di samping membuka peluang perniagaan untuk warga kampung” ujarnya lagi.

Presiden Twister, Mohd Nazri b. Husein ketika di temui berkata, mereka juga telah kerap mengadakan pelbagai program untuk masyarakat kampung dan ahlinya. Antara program yang telah dilaksanakan oleh kelab mereka seperti Kelas Mengaji Al-Quran dan Tajwid serta memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang mampu apabila bulan Ramadhan.

Tidak cukup dengan itu, pihak mereka juga kerap mengadakan program Minggu Kerjaya di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply