Florafest Paintball 2008 berjaya menjadi tumpuan
4 Ogos, Bandar Penawar - Satu majlis perasmian Flora Fest Paintball 2008 telah di adakan di Stadium Bandar Penawar sempena Pesta Flora 2008. Majlis yang diadakan itu berjaya menarik sebanyak 10 penyertaan dari pelbagai negara.
Antara negara yang mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut ialah Malaysia, Singapura, Iran, Indonesia, UAE, Filiphina, New Zealand, Australia dan Jepun.
Majlis yang diadakan itu telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen Pengerang. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Azizul Rahman b. Abdul Wahab, Presiden Persatuan Paintball Malaysia dan Mr Chuck Hendsch, National Profesional Paintball League (NPPL) dari Amerika Syarikat.
Majlis pada kali ini juga berjaya mendapat perhatian dari kelab-kelab profesional dari Amerika Syarikat apabila sebanyak 4 kumpulan dari NPPL telah bertanding di peringkat profesional semalam.
Majlis yang diadakan di Stadium Bandar Penawar pagi semalam itu telah di serikan dengan persembahan para motor seramai 3 orang dari Persatuan Sukan Udara Selangor. Tidak ketinggalan, pasukan pancaragam dari Pengkalan TLDM KD Sultan Ismail.turut di undang untuk memberikan persembahan bagi menyerikan aturcara majlis yang diadakan itu.
Azalina yang tiba pada jam 10.00 pagi telah di sambut dengan paluan kompang oleh pasukan dari Gugusan Adela. Sejurus selepas itu, para jemputan telah di hiburkan dengan tarian pencak silat sebelum majlis perasmian dimulakan.
Azalina di dalam ucapannya semasa merasmikan majlis itu berkata adalah menjadi harapan beliau sekiranya majlis pada hari itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya, maka ia wajar dijadikan sebagai acara tahunan.
“Program pada kali ini adalah titik permulaan yang baik, sekirnya berjaya mungkin kita akan menjadikan sebagai acara tahunan” katanya.
“Adalah tidak mustahil sekiranya pada tahun hadapan sukan ini di buat di Kuala Lumpur dengan penyertaan yang lebih besar” katanya lagi.
Sebaik merasmikan majlis pada pagi itu, Azalina telah mengadakan pertandingan persahabatan paintball dengan menetang pasukan dari rumah.
Semasa pertandingan persahabatan tersebut, Azalina berjaya menembak salah seorang peserta lawan yang akhirnya membolehkan beliau merampas bendera pasukan lawan. Pertandingan persahabatan tersebut telah dimenanggi oleh pasukan yang diwakili oleh Azalina.
Pertandingan pada hari itu telah di menangi oleh pasukan dari Kiwi (New Zealand) diikuti oleh pasukan Warriors (Australia) dan tempat ketiga dari Persian League (Iran) dan Demondz (Malaysia)







































