Berada di Pengerang adalah satu pengalaman yang manis – Ketua Traffik KL
4 Ogos, Felda Semenchu -Pejabat parlimen Pengerang dengan kerjasama polis trafik Kuala Lumpur telah mengadakan program Sukan Rakyat yang melibatkan penduduk kampung di Felda Semenchu. Porgram yang diadakan itu bertujuan untuk merapatkan jurang di antara anggota trafik dan warga felda.
Sukan rakyat yang diadakan itu telah bermula pada jam 3.00 petang bertempat di Kompleks Sukan Semenchu. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada majlis petang itu seperti perlawanan persahabatan futsal, poco-poco, tiup gula dalam tepung, larian dadu dan sebagainya.
Antara tetamu yang hadir pada majlis yang diadakan pada petang itu ialah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Pengerang, En. Syed Ben Bella Al-Habsyee, Ketua Kampung Felda Semenchu, Tuan Haji Omar b. Din dan Ketua Polis Traffik Kuala Lumpur, Penolong Penguasa Polis, Tuan Haji A. Wahab b A. Rahman dengan di iringgi para pegawai dan anggotanya.
A. Wahab ketika menyampaikan ucapannya, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang di atas kesudian beliau menerima kedatangan anggota polis traffik Kuala Lumpur ke kawasan Pengerang.
“… pengalaman berada bersama penduduk kampung di kawasan ini adalah merupakan detik manis yang tidak dapat di lupakan kami warga traffik Kuala Lumpur. Kemesraan yang di tunjukkan cukup mengharukan kami dan sekiranya di izinkan kami warga traffik ingin datang lagi” katanya.
Salah seorang penduduk kampung Khatijah bt Jailani, 58 ketika di temui mengatakan program seumpama ini wajar di teruskan dari masa ke semasa.
“Sekiranya sebelum ini kami orang kampung cukup takut apabila berdepan dengan anggota polis, mungkin di sebabkan tugas mereka wajah dan riak muka cukup menggentarkan” katanya.
“Namun apabila kami berpeluang beramah mesra dengn mereka seperti petang tadi, perasaan fobia itu telah hilang serta-merta, ternyata mereka juga ramah dan mesra dengan kami orang kampung” ujarnya lagi.







































