Tindakan sukarelawan Pengerang menyelamatkan kebakaran dari merebak

2 Ogos, Kota Tinggi - Tindakan pantas sukarelawan Parlimen Pengerang telah berjaya menyelamatkan kebun kelapa sawit di lebuhraya Sungai Rengit - Desaru semalam. Kejadian yang berlaku itu telah di sedari oleh ahli sukarelawan tersebut yang secara kebetulan mengunakan lebuhraya tersebut.
Maszilina Sardi, 25 ketika di temui berkata, beliau sedang dalam perjalanan ke Tanjung Pengelih ketika kejadian tersebut berlaku. Pada mulanya beliau merasakan kebakaran tersebut di lakukan oleh pemilik kebun bagi membersihkan lalang dan rumput kering.
Namun apabila melihat api yang agak marak tanpa di pantau oleh sesiapa, telah menyebabkan beliau tergerak hati untuk menghubungi pihak bomba bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk dari berlaku.
Balai bomba dari cawangan Bandar Penawar ketika di hubungi mengesahkan laporan tersebut. Sejurus menerima laporan dari sukarelawan Parlimen Pengerang sebuah jentera bomba telah di kerah ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran tersebut.
Kebakaran kebun itu berjaya di kawal 15 minit kemudian. Kebakaran tersebut telah memusnahkan kira-kira 1 ekar kebun kelapa sawit tersebut.
Di dalam kejadian yang berasingan, Maszilina turut melaporkan satu lagi kejadian kebakaran. Kejadian yang berlaku di persimpangan Sebana Cove itu telah berjaya di padamkan oleh sebuah jentera bomba dari Sungai Rengit.
Tindakan pantas itu telah berjaya mengelakkan satu pencawang eletrik yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dari turut musnah.
Jurucakap Jabatan Bomba, Bandar Penawar Azlan b. Mohd Sani, 35 mengatakan kejadian tersebut berkemungkinan berpunca dari putung rokok yang dibuang oleh penguna lebuhraya tersebut.
Keadaan cuaca yang panas ketika itu juga telah menyebabkan api dari putung rokok itu marak dan memusnahkan kawasan sekitar. Azlan turut memuji tindakan sukarelawan tersebut yang peka dan bertindak cepat apabila menghubungi pihak Bomba.
“Tindakan sukarelawan tersebut wajar di puji apabila bertindak pantas dan kejadian yang lebih buruk dapat dielakkan dari terjadi” katanya.






































