Sukan Rally baik untuk sektor Pelancongan

Azalina ketika melepaskan para peserta Rali

2 Ogos, Bandar Penawar – Menteri Pelacongan merangkap ahli Parlimen kawasan Pengerang, YB Dato’ Seri Azalina Othman Said, telah melakukan ‘flag off’ untuk pusingan ke-4 Kejohanan Rali Malaysia (MRC) malam tadi.

Sebanyak 21 kereta telah di lepaskan dalam satu majlis yang diadakan semalam. Perlumbaan akan di mulakan pada ke esokkan harinya, dengan kereta pertama akan mula bertolak dari Desaru Golden Beach Resort pada jam 11.00 pagi.

Peringkat kedua dan terakhir kejohanan tersebut di jangka akan di tamatkan selewat-lewatnya pada hari Ahad.

Kebanyakkan dari peserta kejohanan rali pada kali ini melihat kejohanan hujung minggu ini sebagai gelanggang percubaan sebelum bertanding di kejohanan seterusnya yang akan diadakan di sekitar Johor Bharu pada 11 dan 12 Oktober depan.

Ini adalah merupakan tahun ke-4 buat Malaysia menjadi tuan rumah untuk pusingan Kejohanan Rali Asia Pacifik. Selain dari Malaysia 6 buah negara lain juga telah di pilih untuk menjadi hos untuk pertandingan ini.

Negara-negara yang terlibat ialah Australia, Jepun, New Zealand, New Caledonia, China dan Indonesia.

Pertandingan yang diadakan ini akan di siarkan di Saluran Astro Ria pada bulan Oktober depan. Kejohanan yang diadakan ini juga berjaya menarik minat pelancongan dari negara luar untuk berkunjung ke negara ini.

Tidak ketinggalan peminat sukan lasak ini juga turut hadir bagi menyaksikan pelumba-pelumba ini beraksi serta melihat aksi yang di lakukan secara dekat.

Untuk galeri gambar - Sila Klik

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply