Penyelesai masalah penduduk
Kota Tinggi, 29 Julai - Warga Pengerang kagum dengan keberkesanan program Khidmat Bergerak Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said yang ditubuhkan empat tahun lalu kerana ia dapat menyelesaikan masalah penduduk dalam tempoh yang singkat.
Mereka berpendapat, penubuhan Khidmat Bergerak itu ternyata memberi banyak manfaat kepada para penduduk khasnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Seorang penduduk, Abdul Kadir Ahmad, 62, dari Kampung Sungai Kapal berkata, banyak masalah dan isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat dapat diselesaikan dalam jangka waktu singkat.
Dia yang juga Ketua Kampung Sungai Kapal berkata, kini para penduduk khasnya yang tinggal di pedalaman tidak perlu bersusah payah untuk ke Pejabat Parlimen Pengerang yang terletak di Felda Air tawar Lima.
“Sebaliknya Azalina selaku wakil rakyat atau para pegawainya akan turun ke kampung-kampung untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.
“Malah apa yang membanggakan, apabila sesuatu isu tidak dapat diselesaikan di peringkat bawahan ia akan diselesaikan hingga ke peringkat kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Penduduk lain, Sharif Shamsi, 43, dari Sungai Rengit pula berkata, sebelum program Khidmat Bergerak diwujudkan banyak masalah orang kampung tidak dapat didengar oleh wakil rakyat.
“Saya berharap Azalina dapat meneruskan program itu dan memperluaskannya ke kawasan-kawasan lain bagi membolehkan segenap lapisan masyarakat menikmati kemudahan yang lebih bermakna berbanding sebelum ini,” katanya.
Penduduk Kampung Pasir Gogok, Rabiah Ahmad, 45, berterima kasih atas bantuan segera yang dihulurkan oleh wakil rakyat itu dalam membantu anaknya yang menghidap penyakit kanser di leher.
“Kehadiran Azalina di Parlimen Pengerang sebenarnya membawa erti yang besar kepada seluruh anggota keluarga saya dan masyarakat setempat berikutan keprihatinan yang ditunjukkan khususnya kepada golongan miskin,” katanya.







































August 21st, 2008 at 3:59 am
Abdul Kadir Ahmad tu bukan sekadar penduduk tetapi ketua kampong yang dihormati lagi disanjungi. Pemberita(hu) tolong kaji sebelum lapor.
Maaf tok! Aku tau tok Kadir tak kisah… tapi aku kisah… Lama tak balik kampong ni. Mungkin tahun ni dapatlah beraya (bersolat aidil fitri) di kampong Sungai Kapal. Masih di Timur Tengah (Qatar) musim panas tok…