Mesyuarat Agong Persatuan Pemandu Kereta Sewa kawasan Pengerang

Antara tetamu yang hadir

Felda Tunggal, 28 Julai - Mesyuarat Agong Persatuan Pemandu Kereta Sewa Gugusan Adela, Belungkor, Penawar dan Desaru telah di adakan pada jam 9.00 malam bertempat di Dewan Sri Tunggal, Felda Tunggal.

Mesyuarat yang diadakan itu telah dirasmikan oleh Syed Ben Bella Al-Habsyee, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kawasan Pengerang. Majlis pada malam itu di hadiri oleh En. Ahmad Chupani, Pengerusi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Gugusan Adela, Belungkor, Penawar dan Desaru, dan Ketua Kampung Felda Tunggal, Tuan Haji Hassan Ismail.

Tidak ketinggalan pengurus Felda Tunggal, Adela dan Kledang serta para pengerak dan sukarelawan pejabat parlimen Pengerang.

Di dalam ucapan yang di sampaikan oleh En. Ahmad Chupani selaku pengerusi, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan berterusan yang di berikan oleh YB Dato’ Sri Azalina kepada pemandu-pemandu kereta sewa di Gugusan Adela, Belungkur, Penawar dan Desaru.

“Semoga Allah merahmati dan membalas segala jasa baik dan sokongan yang telah diberikan, kepada pemandu kereta sewa.” katanya

“Keprihatinan Dato’ Sri Azalina untuk membantu setiap lapisan masyarakat sewajarnya menjadi contoh dan teladan buat semua” ujarnya lagi.

Syed Ben Bella ketika menyampaikan ucapan perasmiannya telah memaklumkan kepada para hadirin, pada tahun 2006 sebanyak 4 persatuan teksi di kawasan parlimen Pengerang telah diberikan peruntukkan sebanyak RM10,000 setiap satu.

Syed Ben Bella ketika menyampaikan cenderahati Bangunan persatuan teksi di gugusan Adela juga telah menikmati peruntukkan sebanyak RM20,000 untuk dibaik-pulih bagi di gunakan sebagai pejabat operasi. Tidak cukup dengan itu, YB Dato’ Sri Azalina juga telah bermurah hati mendermakan sebanyak RM40,000 untuk tabung persatuan.

Yang terbaru, selaku wakil rakyat yang prihatin, Azalina juga turut bersetuju untuk menyalurkan peruntukkan seunit komputer bersama pencetak bagi memudah dan melicinkan operasi persatuan.

Satu program gotong-royong juga akan di anjurkan oleh pejabat parlimen Pengerang di antara pengerak dan sukarelawan parlimen Pengerang dengan kerjasama ahli persatuan untuk mengecat bangunan operasi persatuan tersebut.

Ben Bella turut menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli persatuan yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada YB ahli parlimen kawasan Pengerang.

Tambahan pula sebagai pemandu kereta sewa mereka juga adalah antara penyumbang dalam memainkan peranan untuk meningkatkan sektor pelancongan di kawasan Pengerang. Adalah menjadi harapan ahli Parlimen kerjasama yang erat ini dapat di teruskan bagi memastikan sektor pelancongan dapat di bangunkan dan memberi manfaat untuk semua pihak.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply