Azalina hanya perlu tujuh lagi pencalonan

YB Dato\' Sri Azalina Othman Said Harun

Naib Ketua bahagian dapat 20 sokongan berbanding penyandang

PENGERANG: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, hanya memerlukan tujuh lagi pencalonan untuk menang tanpa bertanding Ketua Umno bahagian Pengerang.

Azalina yang kini Naib Ketua Umno bahagian berkenaan sudah mendapat 20 pencalonan berbanding penyandang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah yang hanya memperoleh tiga pencalonan.

Sepuluh daripada 33 cawangan di bahagian Pengerang yang belum lagi mengadakan mesyuarat dijangka berbuat demikian hujung minggu ini.

Pada mesyuarat hujung minggu kelmarin, tujuh cawangan yang mencalonkan Azalina adalah Lepau, Teluk Empang, Tunggal, Kilang Sawit Adela, Papan Timur, Bukit Raja dan Kampung Jawa.

Harun pula mendapat pencalonan daripada Kampung Pengerang, Tanjung Surat dan Kampung Bahru.

Setiausaha Umno bahagian, Nizam Ali, berkata semua mesyuarat berjalan lancar kecuali cawangan Adela yang tidak dapat dijalankan kerana korum tidak mencukupi.

“Mesyuarat hujung minggu ini akan menyaksikan saingan lebih sengit dan tarikh 3 Ogos akan menjadi penentu sama ada Harun boleh bertanding atau tidak, sekali gus Azalina sah sebagai ketua bahagian yang baru,” katanya.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

6 Responses to “Azalina hanya perlu tujuh lagi pencalonan”

  1. comment  pemuda pengerang Says:

    assalamualaikum..

    saya sebagai penduduk di sini, menyokong Datuk Seri Azalina Othman Said menang dalam
    pencalonan ini… ini kerana datuk seri selalu turun padang dan prihatin dengan penduduk-penduduk kampung disini..

    maju..datuk seri!!

  2. comment  pemuda Says:

    assalamualaikum..

    saya sebagai penduduk di sini, menyokong Datuk Seri Azalina Othman Said menang dalam
    pencalonan ini… ini kerana datuk seri selalu turun padang dan prihatin dengan penduduk-penduduk kampung disini..

    maju..datuk seri!!

  3. comment  jejak Says:

    assalamualaikum

    “Berdasarkan mesyuarat agung cawangan hujung minggu lalu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang telah melepasi kelayakan apabila mendapat 13 pencalonan daripada 33 cawangan UMNO dalam bahagian itu,”

    Sebagai anak pengerang saya sokong sangat pencalunan Datuk Azalina sebagai ketua Bahagian Pengerang.
    Saya tak nak komen pasal ketua lama, tapi kena faham aje laaa kalau ahli mula jolok org lain naik tu (Azalina).
    Kalau Harun ada maruah, dan tidak mahu malu, elok rasenya dia bagi je laluan kepada Dato Sri Azalina tu…
    Kepada ahli-ahli UMNO pengerang terutamanya ketua-ketua cawangan dan sape-sape yg boleh mengundi pemilihan nanti, buatlah pilihan yang terbaik - tak kan la nak duduk tahap lama juga, lakukan perubahan dari sekarang!

  4. comment  anak pengerang Says:

    Sebagai anak Pengerang, saya akui kata2 HARUN yang Azalina main politik wang…Tapi, sedar atau tidak Dato’ Sri Azalina main wang dengan cara yang betul…
    Setiap peruntukan kerajaan dan kadang kala duit poketnya telah dikeluarkan untuk membangunkan Pengerang, untuk kebajikan penduduk Pengerang, untuk aktiviti di Pengerang dan macam-macam lagi…Dah lama dah Azalina main politk ni, sejak dia jadi Ahli Parlimen dan Menteri lagi dan bukannya setakat dekat pemilihan sahaja…

    Tetapi situasi itu berbeza dengan Harun, memang betul dia tidak main politik wang, tetapi dia main simpan-simpan wang. Sebab itulah penduduk pengerang amat sukar hendak merasa `peruntukan’ yang disalurkan oleh kerajaan.

    Sebab tidak main politik wang jugalah Harun gagal memberikan sesuatu yang berfaedah kepada penduduk, tidak ada apa yang dilakukan semasa dia bergelar Ketua Bahagian dan juga wakil rakyat…

    Fikir-fikirkanlah sendiri…

  5. comment  puteri Pengerang Says:

    Assalammualaikum..
    Saya akan terus menyokong Dato’ seri Azalina Dato’Otman Said….
    Beliau seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyatnye…
    saya amat berbangga kerana mempunyai seorang pemimpin seperti beliau…
    Beliau pasti berjaya….
    Terus berjaya…..
    Wassalam….

  6. comment  maju pengerang Says:

    Dato’ Seri Azalina pasti Boleh!!!!!

Leave a Reply