MDKT diminta senggara medan selera

KOTA TINGGI 24 Julai - Penduduk Sungai Rengit dekat sini meminta Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) menyenggara Medan Selera Sungai Rengit dengan lebih berkesan bagi menarik perhatian orang ramai berkunjung ke medan selera itu.

Wakil peniaga, Wan Jamil Wan Othman, 52,berkata, langkah itu wajar memandangkan medan selera yang beroperasi tujuh tahun lalu itu kini dalam keadaan suram berikutan tiada kerja-kerja penyenggaraan dan pengindahan dilakukan oleh MDKT.

Katanya, masalah itu juga menyebabkan daripada 16 gerai di situ hanya lapan sahaja beroperasi.

“Kalau keadaan gerai suram, bangunan tidak dicat, lampu malap dan pokok-pokok landskap tidak disenggara macam mana orang hendak datang ke sini?.

“Jika diamati lokasi gerai medan selera ini cukup menarik, terletak di pinggir pantai dan mudah dikunjungi oleh orang ramai,” katanya.

Wan Jamil memberitahu, akibat ketiadaan pelanggan berkunjung ke situ menyebabkan sebanyak lapan peniaga menutup operasi masing-masing.

“Baki lapan peniaga kini pun jika hendak diambil kira keuntungan mereka tidak mendapat pulangan banyak sebaliknya hanya sekadar lepas makan dan minum anggota keluarga mereka sahaja,” jelasnya.

Di petik dari Utusan Malaysia Online

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

One Response to “MDKT diminta senggara medan selera”

  1. comment  penduduk prihatin Says:

    assalamualaikum…

    Saya sebagai bangsa melayu..amat kecewa dengan keadaan sebegini…
    seharusnya bangsa melayu menolong bangsa sendiri..
    baru orang melayu dapat menaik kan taraf orang melayu, seharusnya orang melayu buang sikap dengki mengdengki antra satu sama lain dan bantu membantu sesama bangsa… kebanyakkan dari apa yang saya lihat,ada sesetengah orang melayu bila membuat perniagaan tidak bertahan lama berbanding bangsa lain contohnya orang cina yang banyak berjaya perniagaan yang kecil menjadi besar.. saya bukan nak “backup” org cina, saya pun orang melayu jgk..
    saya meluahkan apa yang tersirat untuk tatapan kita bersama…

    sekian,wassalam..

Leave a Reply