Orang Asli Sungai Layau menerima kenaikan dividen

muhammad-muhd-taib

21 Julai – Felcra Sungai Layau amat bertuah kerana menerima kunjungan dari YB Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semalam. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk meninjau dan meneliti sendiri masalah yang di hadapi masyarakat orang asli.

Bertempat di Dataran Sungai Layau, jam 9.00 malam telah berlangsung satu majlis taklimat dan seisi penerangan oleh masyarakat orang asli dan Tan Sri Muhammad. Hasil dari perjumpaan itu, Tan Sri Muhammad telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 200,000 kepada masyarakat orang asli Felcra Sungai Layau untuk membina dewan serbaguna.

Selain daripada itu, semua 240 orang asli yang menyertai Felcra Kampung Sungai Layau akan menerima kenaikan dividen bulanan dengan purata RM300 seorang mulai bulan depan.

Tan Sri Muhammad dalam ucapannya mengatakan kenaikan dividen itu wajar dilaksanakan seiring dengan kenaikan harga kelapa sawit yang tinggi di pasaran dunia. Dengan keputusan itu peserta Felcra Fasa 1 akan menikmati kenaikan dividen daripada RM400 kepada RM700 sebulan.

Bagi peserta Fasa II pula, kenaikan adalah sebanyak RM500 berbanding sebelum ini RM300 manakala peserta Fasa III akan menikmati kenaikan daripada RM200 kepada RM500.

Tidak ketinggalan, peserta Fasa IV yang baru menyertai Felcra pada tahun 2006 pula, akan menikmati dividen sebanyak RM300 bermula pada bulan depan.

Sebaik sahaja majlis pada alam itu selesai, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama para nelayan merasai sendiri pengalaman memancing di laut pada sebelah malam dengan mengunakan sampan.

Status seorang menteri tidak menghalang Tan Sri Muhammad untuk bermalam di rumah Puan Rohani Yunus, 48 salah seorang orang asli di kampung tersebut.

Keesokkan hari, satu majlis pecah tanah dan meletakkan batu asas pembinaan rumah rehat dan perpustakaan untuk masyarakat orang Asli telah diadakan. Pembinaan tersebut adalah merupakan sumbangan dari Felcra Berhad khusus untuk warga orang asli di Kampung Sungai Layau.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

One Response to “Orang Asli Sungai Layau menerima kenaikan dividen”

  1. comment  penduduk tempatan Says:

    salam…

    Pada zaman yang serba moden ini, saya percaya masih ada penduduk yang hidup serba kekurangan… sebagai orang yang disanjung dan dihormati sewajar nya menitik berat kan dan meniliti masalah yang dihadapi masyarakat. TERIMA KASIH kepada YB

Leave a Reply