13 cawangan telah selesai bersidang

21 Julai – Sebanyak 13 cawangan di bahagian Pengerang telah berjaya memenuhi tuntutan perlembagaan UMNO Malaysia untuk mengadakan mesyurat dan pemilihan peringkat cawangan semalam.

Semua cawangan yang mengadakan mesyuarat telah mengadakan pemilihan untuk melantik ketua dan ahli jawatankuasa cawangan. Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah.

Di dalam mesyuarat peringkat cawangan yang diadakan itu, menyaksikan sebanyak 7 cawangan telah mendapat ketua cawagan yang baru. Dan selebihnya muka lama yang berjaya mengekalkan jawatan yang di sandang.

Apabila berlakunya pertandingan dalam merebut jawatan, pasti akan timbul desas-desus yang mengatakan akan berlakunya pergolakan atau perpecahan. Namun itu tidak berlaku di kawasan Pengerang.

Pemilihan yang diadakan semalam telah berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan dan harmoni. Tiada sebarang pergaduhan atau perselisihan yang di laporkan. Ia sekaligus menunjukkan tahap kematangan di kalangan ahli.

Rata-rata mereka yang di temui mengatakan, walaupun berlaku pemilihan di setiap cawangan yang bersidang semalam, ia tidak menunjukkan adanya pepecahan di kalangan ahli. Kalangan ahli hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parti dan tidak timbul sebarang isu mengenai pergolakan mahupun perpecahan.

Di akhir mesyuarat calon yang kalah bertanding di lihat saling bersalaman sambil diiringi dengan gelak tawa dengan mereka yang menang.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply