Felda Semenchu berjaya mengondol RM 1 Juta

7 Julai - Sebanyak 5,000 warga Felda Semenchu di sini gembira kerana hasil kerja keras mengindahkan felda itu sejak enam bulan lalu, mendapat pengiktirafan apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008.

Dengan kemenangan itu membolehkan seluruh warga Felda yang di huni oleh 628 peneroka, menggondol hadiah bernilai RM1 juta yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di ibu negara hari ini.

YB Datuk Seri Azalina Othman Said, selaku ahli Parlimen kawasan Pengerang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepada penduduk Felda Semenchu di atas kemenangan yang di perolehi, beliau berkata sedemikian ketika di hubungi.

“Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga di ucapkan juga kepada warga felda Semenchu kerana sudi menerima dirinya sebagai salah seorang keluarga ketika beliau mula-mula tiba di kawasan Pengerang dahulu” ujarnya lagi

Pegawai Pembangunan Masyarakat Felda Semenchu, Normah Ngadiran berkata, anugerah yang julung kali di perkenalkan dengan dimenangi oleh warga Semenchu, adalah hasil berkat kerjasama dan komitmen tinggi yang di tunjukkan oleh mereka.

Normah berkata, antara ciri-ciri utama yang di ambil kira untuk kemenangan itu adalah berikutan usaha yang gigih di kalangan penduduk dalam menceria dan mengindahkan kawasan felda.

“Sebenaranya kerja-kerja mengindahkan kawasan itu telah dilakukan lebih enam tahun lalu yang mana mereka melakukannya secara berterusan tanpa mengira sama ada, pertandingan atau tidak.

“Saya perhatikan semangat kekitaan dan gotong-royong begitu tinggi, di mana kalau di amati terdapat keserasian dan keseragaman dari segi mengindahkan kawasan perumahan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia yang mengadakan tinjuan ke Felda Semenchu, di sini hari ini.

Jelas Normah, apa yang membanggakan dari segi semangat, mereka mempunyai inisiatif, kreativiti dan kesepakatan serta keakraban yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja tersebut.

“Mereka sanggup menegeluarkan modal sendiri seperti membeli cat, bunga-bungaan, pasu dan sebagainya bagi memastikan perkampungan mereka ceria dan indah,” katanya.

Sementara itu Ketua Blok Tiga, Said Impah berkata, keaktifan warga Felda Semenchu dalam pelbagai bidang juga merupakan faktor utama yang di ambil kira untuk memenangi anugerah yang berprestij itu.

Katanya, banyak aktiviti yang berfaedah diadakan di sini yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

“Selain mendapat hasil dari komoditi kelapa sawit, kita di sini turut menternak ikan dalam kolam dan sangkar, lembu, cendawan serta industri kecil dan sederhana seperti pengeluaran makanan ringan, kraftangan dan banyak lagi,” katanya.

Said, 62, berkata, satu lagi yang menjadikan Felda Semenchu terkenal bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa kerana ia menyediakan pakej pelancongan ‘homestay,’ yang begitu popular.

Katanya, sebaik Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, di lantik menjadi Menteri Pelancongan beliau telah memberikan perhatian yang sewajaranya dengan memberi peruntukan khusus untuk menaik taraf kemudahan dan kelengkapan para peserta home stay.

“Berkat hasil usaha Azalina kini 102 peserta ‘homestay’ berjaya meraih kira-kira 5,000 pelancong domestik dan asing dalam masa setahun,” katanya.

Jelas Said, dari segi kegiatan sukan pula kewujudan Kompleks Semenchu yang bernilai RM2 juta telah memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada warga felda dari pelbagai peringkat mengadakan aktiviti masing-masing mengikut kesesuaian mereka.

Share This Post

    rss RSS 2.0    commentgreen Response

9 Responses to “Felda Semenchu berjaya mengondol RM 1 Juta”

  1. comment  Hadi Says:

    Tahniah Felda Semenchu terutama JKK yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan usaha murni ini! Tahniah! Semoga terus cemerlang dan Felda Semenchu terus melonjak dan terkenal di serata dunia!!

  2. comment  teropong Says:

    1 tahap y mbanggakan apabila parlimen pengerang menang!!!!!!!!!!! tidak sia2 penat lelah mrk.WELL DONE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. comment  peduduk prihatin Says:

    weldone!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kpd semua pnddk smenchu krn tlh meraih tempat dalam keceriaan felda……dihrapkan usaha yang dilakukan dapat diteruskan dan dicontohi oleh semua pnddk di serata tmpt…………..smngt seperti ini perlu dicontohi oleh semua org…JAGA LAH KEBERSIHAN KAMPUNG ANDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. comment  hakim.... Says:

    alhamdulillah….
    tak sia-sia kedua orang tua aku berhempas pulas untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan rumah…

    harap-harap warga semenchu dapat mempertahanhan keceriaan dan kebersihan sentiasa…

    syahbas warga semenchu….

  5. comment  azie@ucop Says:

    Tahniah, kepada penduduk semenchu kerana menggondoli tempat pertama dalam “Anugerah Keceriaan Kampung”.Mungkin dengan cara ini penduduk dapat merapatkan lagi siratulrahim sesama mereka.Di harapkan dengan kemenangan ini semua penduduk dapat menjadikan kenangan manis untuk setiap warga.

  6. comment  ZamEY ", Says:

    Tahniah kepada 5,000 penduduk Felda Semenchu kerana telah diumumkan sebagai pemenang ” Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008″……Dengan menggondoli hadiah wang tunai sebanyak RM 1juta.Diharap cara ini dapat diteruskan dan dapat dicontohi oleh semua penduduk-penduduk Felda kerana ia salah satu daripadanya dapat mengeratkan sillaturrahim sesama mereka…….Diharap usaha ini dapat diteruskan sampai bila-bila……..

  7. comment  ZamEY ", Says:

    Tahniah!!!!!!!!Kepada penduduk felda semenchu kerana memenangi tempat pertama dalam “Anugerah Kecerian Kampung”.Diharap usaha ini dapat di teruskan sampai bila-bila dan dapat dicontohi oleh penduduk felda yang lain.

  8. comment  setia Says:

    takniah kepada semencu kerana berjaya mendapat rm 1juta smuga menjadi contoh kepada felda lain

  9. comment  Anak Watan Says:

    Salam Takzim dan Tahniah buat seluruh warga Semenchu diatas kejayaan menggondol hadiah wang tunai MYR1 Juta hari ini. Mungkin apa yang diharapkan telah menjadi kenyataan, jadi selepas ini banyaklah rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Parlimen Pengerang bagi mengekal dan mempromosikan kg 1 juta ini.

    Namun selaku anak watan yang dibesarkan dibawah rimbunan hutan belantara dan pepohon kelapa sawit satu ketika dahulu, sedikitpun aku tidak merasa bangga dengan kemenangan ini. Entah keceriaan yang bagaimana agaknya ada di Semenchu hari ini aku pun tak pasti.

    Cuba lihat di permulaan jalan penghubung kasih ke Semenchu hari ini, gelap gelita tanpa cahaya. Jalan masuk yang masih bercelaru, cedera parah dek injakan makhluk pelbagai rupa sepanjang masa,dadanya koyak rabak dan hanya ditampal tatkala parah dan macam-macam lagi la kecacatan yang seharusnya dijadikan kayu pengukur sebelum menobatkan Semenchu sbgai kg 1 juta. Marah dan malu dengan Wakil Rakyat yang kononya memperjuangkan hak Melayu selama ini, sedangkan persimpangan jalan masuk semenchu masih gelap gelita setelah 51 tahun negara merdeka.

    Apa kerja Wakil rakyat, Pengurus Felda, Ketua Kampung, Ketua Cawangan dan ketua-ketua yang lain sekarang ni. Jaga perut masing-masing????? Sebagai generasi kedua yang mungkin bakal mewarisi segala hutang piutang di felda akan datang, aku mengharapkan agar seluruh warga Semenchu bijak berfikir dengan pemberian gula-gula kerajaan hari ini. RM1 juta yang diberikan kepada kita bukanlah besar nilainya tambahan lagi RM1000 yang kita perolehi juga bukanlah jaminan untuk keselesaan kita hari esok. Bakinya entah kemana!!!!!

    mungkin juga penyelewengan, penipuan, penindasan, rasuah dan segala macam penyakit & serangan saraf telah berlaku sepanjang pengadilan ini. Biarlah mereka yang bertanggungjawab membahaskannya di Mahkamah Allah kelak. Sebagai anak watan yang menuntut penuh Keadilan buat warga Semenchu, sekali lagi aku menegaskan bahawa kejayaan ini langsung tidak memberi makna kepada aku, apa gunanya mengerah keringat orang tua aku dan merompak hasil titik peluh mereka selama ini, sedangkan puaka-puaka pengecut bersenang lenang memakan hasilnya…

    Aku akan terus mencari kebenaran dan keadilan untuk seluruh warga Felda khususnya di taman permainan yang amat aku cintai “Semenchu”. Selepas ini juga aku akan cuba merotan punggung-punggung dan menggeletek perut-perut AJK Koperasi Felda Semenchu yang sedang kekenyangan menikmati hasil dari kesusahan orang lain. Awas!!!!!! jangan terlalu gembira dengan gula-gula brnilai RM1 juta ini…takut-takut kuburmu didatangi makhluk perosak yang sukakan manisan gula-gula RM1 juta ini.

Leave a Reply