Pelancaran X-Cape Meriah

28 Jun – Bertempat di Desaru Golden Beach Resort, satu majlis perasmian “Percutian Domestik X-Cape” telah di lancarkan oleh Menteri Pelancongan, YB Datuk Seri Azalina Othman Said merangkap Ahli Parlimen kawasan Pengerang.

Majlis perasmian yang di adakan itu bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk melawat destinasi pelancongan di dalam negara. Turut hadir pada majlis yang diadakan ialah Ybhg. Dato Mirza Mohammad Taiyab, Malaysian Tourism Promotion Board.

Tidak ketinggalan, kepimpinan kampung dan JKK sekitar kawasan Pengerang turut hadir untuk memeriahkan suasana. Pelbagai program dan aktiviti yang menarik telah di susun oleh pihak penganjur khusus untuk pengunjung yang hadir.

Di dalam ucapan yang di sampaikan pada pagi itu, Azalina turut menyentuh akan keindahan tempat percutian yang ada di dalam negara berbanding negara luar. X-Cape yang di lancarkan pada pagi itu membawa maksud bercuti (Escape), terokai (Explore) dan alami (Experience).

Sejurus selepas menyampaikan ucapan, Azalina telah membunyikan hon di tepi pantai Desaru sebagai simbolik pelancaran program tersebut.

Untuk gambar sekitar aturcara - Sila klik

Share This Post

    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply