Majlis Perasmian “Program Ihtifal Kesenian Islam”

28 Jun – Selaku Ahli Parlimen Kawasan Pengerang, YB Datuk Seri Azalina Othman Said telah di jemput untuk merasmikan majlis perasmian “Program Ihtifal Kesenian Islam” peringkat daerah Kota Tinggi.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Kemas Negeri Johor, En. Marsidi b. Katong, Pengurus Felda Semenchu, En. Mohd Noh b. Abdullah dan Ketua Kampung Felda Semenchu, Tuan Haji Omar b Dean.

Bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Felda Semenchu, majlis pada petang itu, di hadiri kira-kira 200 orang dari pengurusan Kemas sekitar Kota Tinggi.

Majlis yang diadakan itu antara lainnya bertujuan untuk mewujudkan minat generasi muda untuk cintakan Islam dan keseniannya. Azalina di dalam ucapannya turut memuji kebolehan yang di tunjukkan oleh para pelajar dari Sekolah Menengah Teknik, Kota Tinggi yang menyampaikan nasyid dengan mengunakan pendekatan baru.

Tidak ketinggalan, Azalina turut menekankan akan pentingnya orang melayu yang beragama Islam terus menyokong kerajaan Melayu yang kuat. Sebagai generasi muda, adalah penting untuk memastikan kesinambungan kepimpinan Melayu terus di kekalkan.

Untuk gambar sekitar aturcara - Sila Klik

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply