Majlis Perasmian, Mesyuarat Agong kali ke-25

28 Jun – Mesyuarat Agong Kali ke-25, Felda Kledang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Kawasan Pengerang. Bertempat di Wisma JKKR Felda Kledang, majlis perasmian tersebut telah di mulakan seawal jam 8.30 pagi.

Mesyuarat agong yang diadakan itu turut di hadiri, Pengurus Felda Kledang, En. Zainal Abidin b. Abdul Hamid dan En. Amran bin Mat Noor, Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan. Di anggarkan lebih kurang 200 orang ahli koperasi telah hadir pada mesyuarat agong tersebut.

En. Halidon Arifin, selaku Pengerusi Koperasi Peneroka Felda Kledang ketika menyampaikan ucapannya menegaskan peri pentingnya semua ahli menyertai semua aktiviti yang di anjurkan oleh pihak koperasi.

Beliau turut membidas segelintir pihak yang hanya pandai bercakap di kedai-kedai kopi tapi enggan menyertai sebarang aktiviti yang di anjurkan.

Pada mesyuarat tersebut, YB Datuk Seri Azalina telah bermurah hati

dengan menyumbangkan hamper sebanyak 20 unit, untuk cabutan bertuah yang akan diadakan di akhir majlis.

Share This Post

    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply