Bersihkan Pengerang dari Pencemaran – Azalina
29 Jun, Teluk Ramunia - Kesempatan untuk turun ke kawasan pada hujung minggu tidak di sia-siakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Pengerang, YB Datuk Seri Azalina Othman merangkap Menteri Pelancongan untuk meninjau dan meneliti masalah penduduk setempat.
Walaupun padat dengan pelbagai program rasmi yang di aturkan untuk beliau, Azalina masih sempat mencuri sedikit masa untuk melihat sendiri masalah yang diadukan kepadanya.
Dengan kerjasama Jabatan Marin, Azalina telah dibawa menaiki bot untuk melihat sendiri pencemaran yang berlaku serta kesan tumpahan minyak dan pembuangan sampah yang berlaku di sekitar kawasan Teluk Ramunia.
Walaupun pelbagai usaha telah di lakukan, masalah ini masih lagi gagal untuk di selesaikan. Pihak yang berwajid seolah-olah terlepas pandang untuk melihat isu ini sebagai perkara yang serius dan perlu untuk di tanggani dengan kadar segera.
Rugutan dan aduan yang di berikan oleh penduduk kampung ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’ kerana masalah ini masih tetap berterusan dan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penduduk kampung.
Oleh yang demikian, YB Datuk Seri Azalina Othman selaku wakil parlimen merangkap Menteri Pelancongan, menyeru agar masalah ini dapat di tanggani dan memastikan ia tidak berulang kembali.
Masalah yang berlarutan ini telah menjejaskan punca pendapatan penduduk sekitar yang menjadikan sumber laut sebagai tempat untuk mencari rezeki. Sektor pelancongan di kawasan Pengerang juga terjejas kerana keadaan pantai yang kotor bakal membantutkan usaha untuk menjadikan Pengerang sebagai destinasi percutian yang menarik.
Tidak cukup dengan itu, udara kotor dan tercemar yang dihidu setiap hari oleh penduduk sekitar juga berkemungkinan akan mendatangkan penyakit untuk jangka masa panjang.




































August 21st, 2008 at 3:10 am
Ini bukanlah perkara baru. Seronok tengok photo Azalina tinjau kawasan dengan bot
Tahun 70-80 mungkin 90an anak tempatan sendiri bekerja sebagai “tank scrapper”, bersihkan tangki kapal dan kotorkan kampung sendiri. Pendekatan yang digunakan adalah dengan cara membenamkan guni berisi “tar” ke dasar laut. Minyak kan punya ketumpatan rendah… akhirnya ikut arus ke pantai.
Kesimpulannya, PENGUATKUASAAN LEMAH!!! Ada yang berani buat begitu di perairan Singapura??? Kita tak punya kelengkapan untuk ronda setiap 10 minit. Kita punya kapal tetapi kita tak perlu kapal di tempat yang sesak dan sempit. Kita amat perlu bot laju, penguatkuasa berbadan tegap macam 1st RAMD atau Polis Trafik - bukan kurus kering atau buncit.
Aku di perairan Saudi-Bahrain-Qatar-UAE jadi aku nampak bagaimana mereka menjalankan tugas dengan efektif. Kalau kamu berani buanglah botol mineral water ke dalam laut, kejap lagi 5 bot datang hurung tau!!!